Sabtu, 25 Julai 2009

nAmA




Sedar xsedar,sepanjang dop jdi org kat atas muka bumi tuhan ni,dh bnyak sgt nama pngiilan yg aku dpt….

Stat dari umah,femili slalu pangil aku dgn gelaran ‘abg’,wlupon aku bkan lah abg sgt pon…anak k4 dri 5 org adik bradik…’abg ‘ke aku???hu3….aku suka pnggilan ni…tp 1 ja yg agak spoil….mak kt umah slalu pnggil ayah ngan pnggilan ‘abg’ jgk…kdg tue,bla mak jerit pnggil ‘abg’( tnpa mendetailkan abg mna yg sbtoinya mak nk pnggil,)aku ngan ayah pkat2 menyahut….ha3…. kdg mak nk pngil aku tp ayah yg nyahut….n kdg tue mak pngil ayah tp aku plak yg terprasan….mak slalu trsnyum ja law jdi mcm2….=)

Law kat skolah,lg la jenoh ngan nama pnggilan nie…masa kt model khas dlu,mmber2 slalu pnggil aku ‘koek’..(jgn ppndai + n plak kat tgh2 tue….)…pindah g mktab,budak2 c2 pnggil aku ngan nama ‘lanun’ plak…haiiiyook…nama yg pling hmpeh aku penah dpt….name ni de sorg snior la yg pngil ni…depa kata muka aku ganaz+bengis=lanun….ngam hoo….pas2 msa dop kat tahfiz,org pnggil aku ‘syahid’…he3…shahir ngan syahid tue kan ke jauh bezanya tue….plik aku saipa leh lkat nma tue…tp kurg2 sedap gak nama tue….berkat…pindah gi siong,org pnggil aku ngan nma real aku,shahir…Alhamdulillah…xsia2 mak ayah aku plih nama ni…kan senang…bpa ari jgk la dop mmilih nama kt anak bertuah depa ni…hu3…

Antara mmber2 kat kg,bnyak yg pnggil aku ngan nama ‘a ‘or ‘ek’ ja….tp da jgk msa zmn aku montel2 dlu,mmber2 pnggil aku’ abg boyot’…xsedap lnsg nama tuh…hi3….kes xska nma 2 yg diet tue…Alhamdulillah,aku skrg dh xmontelll dh….

2 la lbih kurg antara nama2 yg pnah wujud lam hdup aku…wlupon bnyk2 nma yg berbeza,2 suma juz utk sorg insan jgk…aku….xkesah la apa nama pon yg org nk pngil aku ,asalkan aku tetap aku…menyedari ttg diri…

Selasa, 14 Julai 2009

PETANG TUE..

`Zmn la ni,xkra anak sapa,tok imam ka,ckgu ka,apa ka,law nk jdi xketahwan,xketahwan jgk…bnda nie sbnrnya xbleh slah mak bpak ja..ada kdg2 2 mak bpak yg dh ajr,dh tunjuk teladan yg sebaik mgkin dh kt anak2 tp anak2 yg ktegaq…bnyak lani,dpn mak bpak ok ja, pjak smut pon xmati tp bla kt blkg..ngan kwan,pa yg mak bpak ajaq sumanya tah p kmana…depa p buang habehhh…sedih p.lang tgok bdak2 zmn la ni...`

Smgat pak lang bercakap ptg tue…skali skala ada ruang bersembang ngan gnersi2 lma ni mmg seronok…bnyak bnda yg depa kongc,xtrkcuali pndpt depa sndri…aku ska org mcm pak lang…org yg slalu mmbngkitkan satu isu yg ptut diambik piker dlam2….

Aku xbnyak mnyampuk ptg tue…aku dgrkan aja psal ada stgah bnda yg p.lang ckp kna betoi atas btag hdung aku sndri…hmmmm……krg2 termuhasabah lg diri aku ptg tue..

p/s: berubah lah kamu wlaupun sdikit kearah kbaikan….

Isnin, 13 Julai 2009

DIA

cakap pasal politik,dia tawu...

cakap pasal pelajaran,dia tawu....

cakap pasal perniagaan,dia tawu....

cakap pasal perpaduan,dia tawu....

ckap pasal agama,pon dia tawu jgk........

segalanya dia jgk yg tawu....


ini salah,itu salah....

ini xbetul,itu xbetul...

ini palsu,itu palsu....

ini bohong,itu bohong....

semuanya xbetul,semuanya salah,semuanya xkena.......




aku pelik....

dia hnya bertemankan senaskah akhbar dan segelas kopi...

tp ckapnya berapi2....

hebat betol dia nie....

suma benda dia tawu....dri sekecil isu smpai ke sebesar2nya....

tp heran.....


knapa dia hnya berada di sebuah kedai kopi.....bukannya di pejabat perdana menteri?????

SEKEPING HATI INI

Bismillahirrahmanirrahim..

semalam umpama mimpi,hari ini sebenarnya realiti.. Semalam merenung dan berfikir ttg sesuatu...sesuatu yg di ungkapkan...dilafazkan 'hijrah'..@perubahan..berubah??yang dicari bukanlah suatu perubahan yang begitu drastik tapi ckuplah sekadar perubahan itu sebagai pengisi hati...pengisian yang mmbawa kpda ketenangan diri...pengisian yg mnjadikan aku tidak lupa yang aku adalah hamba yang Maha memberi...

Sungguh... x mudah untuk melakukan perubahan...apa lagi perubahan menuju kearah kebaikan.. Sekeping hati yang Allah berikan ini adalah ciptaanNya yang sungguh unik,terlalu kompleks,terlalu sukar untuk difahami dan dimengerti.. Yang tak dapat ditafsirkan dengan kata-kata.. Mampu berubah setiap saat...Ada turun-naiknya. Ada masa lemah dan ada masa kuatnya.. Perlu pula diberikan ‘makanan tambahan’,’supplement’ supaya terus sihat dan bertenaga. Mampu melawan setiap apa sahaja cubaan yang datang agar tidak rapuh ditengah jalan kehidupan yang sarat dengan segala jenis virus yang membawa mudarat....berubah itu susah..xsemudah ungkapan,xsemudah bicara...

p/s:Moga Allah terus memberikan kekuatan untuk diri ini terus istiqamah. Amin..


hilang...

dh lma rasanya jari jemari xmenyentuh pena untuk tinta berbicara...
masa dan keadaan begitu menyulitkan aku untuk melayarkan tinta2 baru...ya mungkin ideanya begitu banyak sekali...namun,tiada ruang untuk aku menzahirkanya di ruangan ini....
alhamdulillah...bermula sudah semester baru...dunia yg agak baru untuk aku tempuhi...dalam tempoh yang masih muda ini...tanpa mereka2 yg sering ada bersama aku pada ketika2 lepas...
berkata soal suasana baru,aku xpasti samada ini sesuatu yang agak menggembirakan daripada dahulu ataupun mungkin lebih saja kias bagusnya dari realiti sebetulnya..aku xtahuu...
pinta izinku agar ditetapkan kuatku untuk menghadapi,untuk memperoleh sesuatu dalam hidup ini....

amin..


p/s: yang nmpak,mungkin bukan sebenarnya hakikat..

Selasa, 5 Mei 2009

12 Sifat SAHABAT




1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu


2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.



P/S: terima kasih kepada semua sahabat......moga jalinan ini terus berkekalan selamanya...insyaallah..

10 AMALAN YANG TERBALIK



Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-



1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?



2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.



3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan $20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar $15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.



10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.



p/s: Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.