Selasa, 8 Februari 2011

UngkapPendeta2




“Aku mungkin tidak boleh membetulkan semua kesilapan yang aku lakukan dulu, namun aku percaya aku mampu menjadikan keadaan lebih baik dari sebelumnya.”




-seedlife00-

SoyaAbu



Abu hanya mampu memandang soya itu dibawa pergi…..kerana jika soya itu terus bersamanya, ianya akan terus diproses mengguna cara lama yang menghasilkan soya yang kurang berkualiti. Biarlah soya itu diurus teknologi yang lebih baik berbanding cara tradisi kerana yang penting sekarang soya itu akan menjadi lebih berkualiti…abu masih tidak mampu memiliki teknologi itu hari ini tapi tekadnya, suatu hari nanti dia akan mampu mengurus soya itu dengan teknologinya sendiri…


p/s: esok bermula dengan hari ini. Konklusi situasi.

UngkapPendeta1




‘Larian itu bermula dari tembakan yang ketiga’.


-seedlife00-

BintangMalam



‘Ayah,lihat ada bintang…cantik.’,kata seorang anak kecil tatkala melihat bintang bersinar menghias muka awan malam.…

‘Jika kamu melihat bintang yang bersinar, letakkan tangan di dada dan pejamlah mata. Fikirkanlah perkara yang indah2 yang kamu hajati. Moga apa yang kamu hajati akan menjadi realiti dan bersinar seperti kerdipan bintang malam ini….’, kata si ayah tersenyum memeluk si anak disisi.



p/s: bintang itu…cukup indah untuk dipandang….terlalu dekat dirasakan…namun hakikatnya jauh untuk digenggam.