Sabtu, 15 Oktober 2011

Diantara Memahami Dan Menerima Sebulat Hati




Diantara Memahami Dan Menerima Sebulat Hati...

Apakah Aku Perlu Memahami Situasi Yg Terjadi Sebelum Aku Menghakimi...?

Atau Aku Perlu Menelan Mati...Menerima Tanpa Tanda Soal Menjadi Jeriji...?


Diantara Memahami Dan Menerima Sebulat Hati...

Apakah Aku Perlu Terus Berteka Teki.....?

Atau Aku Perlu Menelan Mati...Membuang Terus Segala Budi Yang Dibajai....?


Diantara Memahami Dan Menerima Sebulat Hati...

Apakah Aku Perlu Terus Berdiam Diri.....?

Atau Aku Perlu Menelan Mati...Meletak Noktah Pada Cerita Ini...?


Diantara Memahami Dan Menerima Sebulat Hati....
......?



P/S: hantar mati,sembunyi bunyi,senyum sinis memerhati....

Jumaat, 23 September 2011

-IdentitiUntukDimengerti-



Jangan salahkan dunia seandainya hari ini kau berdiri sebagai manusia yang xkenal diri sendiri...jangan salahkan ibu bapa jika hari ini kau lupa untuk apa kau berdiri di dunia ini...jangan tunding jari kepda sesiapa hanya untuk menutup segala salah lemah yang kau ciptakan sendiri...berbaliklah pada hakiki,segala apa yang kita pantulkan adalah daripada diri kita sendiri. Manusia itu dikurnia akal,untuk menjadi sebaik2,semolek2 ciptaan...segala perbuatan berpusatnya pada pendirian akal untuk menentukan baik buruk satu laku,benar salah yang dipersembah...kaitnya akal yang baik adalah dari jalinan akal-hati..maka bentuklah hati yang bersih lagi suci supaya hidup terusan berada pada landasan yang seharusnya dijalani. Berdirilah sebagai seorang manusia yang mengenal diri...

-IdentitiUntukDimengerti-

Sabtu, 19 Mac 2011

RasaItuKosong



Rasa kosong!! Kepala kosng!! hati…perasaan…walaupun berulang-ulang kali aku cba nak mencari dari sisi manakah ianya berpunca rebak…aku masih gagal mengenalpasti..aku rasa setiap saat yang berlalu seumpama lansung tiada isi….sia2 aku hanya membiar masa berlalu pergi…aku rasa seakan ada sesuatu kehilangan dalam setiap apa yang aku miliki…dah ku cari tapi tidak jua aku ketemui…

Yaa,,sepi…itu aku rasai saat ini…


namun kekosongan ini mungkin sesuatu yang perlu aku syukuri,..kerana dengan rasa kekosongan ini membuatkan aku bergerak untuk mencari makna diri….membuatkan aku mentafsir menilai kekhilafan dilakui…

.......pasti hidup ini ada ketika sunyi….......



p/s: dalam hidup tiada sesuatu pun yang kekal..gembira kau rasa, xlah lama…sedih kau rasa,bukanlah selama2…selagi mana kau berusaha utk sesuatu yang tidak sia2…dan selagi mana kau percaya yg usaha kau tidak sia2…selagi itulah hidup kekal sebagai “kehidupan”.

Selasa, 1 Mac 2011

IniKisahAku



Kepercayaan

Adalah sesuatu yang amat sukar untuk diberikan dan juga untuk diterima. Sekali mendapatkannya, haruslah tahu bagaimana untuk menghargai kepercayaan yang diberikan itu dengan sebaik2nya..kerana sekali kepercayaan yang dimiliki itu dikhianati, amatlah sukar untuk memilikinya kembali….

‘ sekali orang xpecaya ang, sampai bila- bila la orang xpecaya ang’.

Kisah seorang budak pengembala kambing dan serigala menjadi iktibar…satu demi satu plot tersusun dari awal cerita hinggalah ke penghujungnya….aku rumuskan.

Kepercayaan……….>penipuan……………>AKIBAT BURUK>

Setiap kepercayaan yang dikhianati pasti akan berkesudahan dengan sesuatu yang dikesali…ITU PASTI!

p/s:ini cerita aku…hargai kepercayaan yang diberi..masa berputar berkali-kali…tapi tidak akan sama seperti putaran hari ini.

Selasa, 8 Februari 2011

UngkapPendeta2




“Aku mungkin tidak boleh membetulkan semua kesilapan yang aku lakukan dulu, namun aku percaya aku mampu menjadikan keadaan lebih baik dari sebelumnya.”




-seedlife00-

SoyaAbu



Abu hanya mampu memandang soya itu dibawa pergi…..kerana jika soya itu terus bersamanya, ianya akan terus diproses mengguna cara lama yang menghasilkan soya yang kurang berkualiti. Biarlah soya itu diurus teknologi yang lebih baik berbanding cara tradisi kerana yang penting sekarang soya itu akan menjadi lebih berkualiti…abu masih tidak mampu memiliki teknologi itu hari ini tapi tekadnya, suatu hari nanti dia akan mampu mengurus soya itu dengan teknologinya sendiri…


p/s: esok bermula dengan hari ini. Konklusi situasi.

UngkapPendeta1




‘Larian itu bermula dari tembakan yang ketiga’.


-seedlife00-

BintangMalam



‘Ayah,lihat ada bintang…cantik.’,kata seorang anak kecil tatkala melihat bintang bersinar menghias muka awan malam.…

‘Jika kamu melihat bintang yang bersinar, letakkan tangan di dada dan pejamlah mata. Fikirkanlah perkara yang indah2 yang kamu hajati. Moga apa yang kamu hajati akan menjadi realiti dan bersinar seperti kerdipan bintang malam ini….’, kata si ayah tersenyum memeluk si anak disisi.



p/s: bintang itu…cukup indah untuk dipandang….terlalu dekat dirasakan…namun hakikatnya jauh untuk digenggam.