Selasa, 23 November 2010

KisahKedaiKopi




Ini kisah suatu petang,
Sorang botak bersama teman-teman,
Di kedai makan duduk bersembang,
Bermacam cerita jadi bualan.

Cerita pasal jati diri,
Cerita pasal integriti,
Cerita pasal kena tinggal bini,
Cerita pasal royalti lagi....
Cerita pasal masa kini....
Orang sekeliling pakat perati...
Sakan bercerita kalahkan menteri...he3...

Terbawak bincang 1 kisah...
Kisah pasal subjek sejarah,
Subjek dulu-dulu belaja kat sekolah...
Dah nak jadi subjek wajib lulus dah...
Sejarah yang masih dijajah.....
Hmm...mula tertanya, ‘perlukah???’..

Orang kata,kuat diri dari rohani...
Bukan setakat sihat jasmani...
Jadi kena la mula dari pengisian hati...
Macamana nak bagi jadi???
Tentula balik pada hukum tentu Ilahi....
Bukan dengan gubal,pinda sana sini....
Sesuka hati!!!

Ni pandangan dari orang peringkat umur senja,
Pendidikan agama dan sama waktu dengannya kan paling utama...
Jadi kunci selesai masalah remaja sedia ada...
Yang nak pi angkat benda laen tu pasaipa...nak tunjuk semangat perwira 1 malaysia ka???
Atuk dah geleng garu kepala...
Penat dop pikir kat mana rasionalnya....

Orang bawah macam atuk ni macam ni ja la...
Boleh dop cerita saja-saja...
Dengaq xdengaq tu dah lain cerita...
Angpa kat atas nuu haaa...
Jangan la dop katop mata...
Ada mata tu....BUKA!!!....


p/s:bila sesat,jgn terus sesat.

‘kalau xnak memuji,jangan mengeji’



Dah jadi lumrah dalam masyarakat kita hari ini, 2 perkara :memuji dan mengeji.

Memuji (didefinisikan sebagai ungkapan kata-kata manis kepada seseorang atau lebih individu). Memuji sering dilakukan bila mana ingin mengambil hati a.k.a mengipas a.k.a membodek seseorang atas kepentingan tertentu. Keadaan memuji ini berlaku dalam situasi ‘berdepan’ yakni apabila si tukang puji bertentang mata dengan si yang kena puji yang mempunyai kepentingan tertentu tersebut.

Mengeji..(didefinisikan sebagai perbuatan mengata atau mengeluarkan sesuatu perkataan yang tidak elok/baik secara melampau-lampau kepada seorang atau berorang-orang(lebih dari seorang) ).perbuatan ini kebiasaanya ditujukan khas kepada seseorang/berorang-orang yang tidak disukai a.k.a dibenci daripada seorang/berorang-orang yang menyampah a.k.a xpuas ati a.k.a iri hati dengan seorang/berorang-orang tersebut atas alasan yang tertentu. Keadaan ini kebiasaannya wujud dalam situasi ‘cakap belakang’dimana orang yang dikeji tidak berada dalam lingkungan kawasan forum pengejian dijalankan.

Memuji dan mengeji kebiasaanya berlaku dalam situasi yang berbeza dan dalam bentuk penyampaian niat yang berbeza. Namun,ianya juga wujud dalam 1 keadaan yang dinamakan ‘depan puji,belakang keji’. Keadaan ini wujud bilamana seorang/berorang-orang itu sebenarnya tidak suka a.k.a tidak boleh menerima a.k.a tidak berpuas hati dengan sesuatu benda atau perkara yang datang daripada seorang/berorang-orang individu. Namun atas sebab menjaga kepentingan peribadi/kepentingan tertentu,pelaku akan terpaksa/buat-buat terima apa sahaja yang dikatakan oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan tersebut. Namun disebalik penerimaan kononya itu, pelaku akan melahirkan segala ketidak puasan hati dalam bentuk kata-kata kejian a.k.a mengumpat secara melampau-lampau tanpa diketahui orang-orang berkepentingan terbabit. Inilah yang dikatakan, ‘cakap depan xberani,cakap belakang berapi-rapi’.



p/s:kepala dop kena pijak pun kata xpa,asalkan dapat huluq kot mna2.....

RambutSamaHitamkah?



Dulu gua ada rambut...sekarang pun ada lagi,sikit....rambut gua dulu,panjang xpanjang,pendek xpendek r..rambut gua hitam...simpan pendek ok la..simpan panjang,ada kerinting hujung-hujung...gua penah kasi straighten rambut gua time panjang...kasi nampak lurus,ikal mayang...tapi gua xpenah kaler rambut gua,tukar warna hitam jadi warna perang atau warna-warna garang...gua bia hitam pasal gua memeng xska kaler rambut n orang yang kaler rambut pun gua agak xsuka pandang...

zaman sekarang gua tengok ramai orang suka kaler-kjaler rambut dorang...baik lelaki baik perempuan...budak kecik jugak xterkecuali dri kaler rambut hitam jadi perang2...

‘rambut sama hitam,hati lain-lain’//

Cikgu gua penah sebut masa gua still tingkatan...kalau rambut dah xsama hitam lagi sekarang,apa lagi nk harapkan hati orang...
Hati gua hitam...hisap rokok siang malam..

p/s:jgn salahkan orang kalau silap pandang....

Isnin, 8 November 2010

BahItuBanjir

sekali lagi hujan turun tanpa henti...di sesetengah kawasan air sudah mulai naik..keadaan semakin hari semakin parah...kawasan yang dulunya tidak pernah menerima kenaikan paras air melebihi paras meter merbahaya sudah mula menggila...

'banjir kali ni btoi2 luaqq jangka...2 kali gnda besaq dri taun 2005...'
'xbesa kawasan ni bnjir sebelum ni...tapi kali ni kena jugak..'
'memang xtaw nak kata la pasal bnjir kli ni...'

bermacam luahan daripada orang yang aku jumpa...xcukup dengan luahan.ada jugak sesetengah pihak yang berbalah...mencari salah..

'salah dia pasal xbuat macamni......'
'depa salah pasai xmacam tue...'
'salah,salah,salah'.....

aku dengar dan tersenyum...SUKA.


P/S:ringankan beban.....hulurkan bantuan...