Sabtu, 26 Disember 2009

kesilapan



Manusia xkan penah lari dari melakukan kesilapan.macmtue jgk aku…usia aku dh dekat suku abad,klu dtnya ttg kesilapan,bnyak sgt silap aku yg xmmpu pn aku senaraikan..yaa…kadang2 selalu kita menafikan diri untuk mengakui kesilapan yg kita dh buat wlupn hakikatnya kita teramat2 pasti yg kita mmg silap..napa mesti mcm tue???1 persoalan yg better tnya diri sendiri pasal xda jwpan yg sebetolnya betul bg persoalan nie..

Kdg2, selalu setiap kesilapan yg dibuat,akan berlalu mcmtue ja… ‘aku dh wat clap.aku mnyesal..’.sesalan mcmtue dh bnyak kali sgt dizahirkan…xrmai yg try nk perbetul or lari dri wat kesilapan yg sama..pasal pngakuan kesilapan tue dbuat juz skadar penzahiran,bkan dri hati yg benar2 ingin mengakui kesilapan………diri…aku jgk mcmtue…dh bapa kali dgr ceramah sna cnie,dh berapa bnyak buku yg knon dbaca utk mmbasuh hati…tp hkikat…xbnyak yg mmpu utk dubah…kdg2 kesilapan yg perlu dperbetolkan terlalu kecil..tp..besar,berat utk dilakukan…napa mesti mcmtue???sekali lg…xda jwpn khusus utk persoalan yg mcmnie…

Kesilapan…kesilapan…sedar xsedar,semakin kita tidak mengakui kesilapan,semakin kita melakukan kesilapan…n bila kita yakin yg kita selalunya betol,itulah kesilapan…yg pling besar…
Silap aku,xmelihat kesilapan sebagai satu kesilapan… Silap siapa aku silap???
Aku salahkan diri aku sendiri………………….

Khamis, 24 Disember 2009

????????

‘2 2 brg aku syg…nie..yg ini…wlupn nmpak usang,tp dh bnyak bjasa dgn aku nie…’ ‘yg 1 lg nie…wlupn bru,tp design dia ssah nk dpt…unik…berebut2 org nakkan bnde ni tawu…’,bersemangat aji jaapar bercerita ttg koleksi pemetik apinya pada zarul…rokok daun digulung2…berbunga2 asap yg dhembus… ‘egat…yg lme xsmestinye dah xde nilai…dh dpt yg baru,jgn diabaikan yg lame…jage 22..jgn pnah bnding beza kan antara kedua2nya…tiap2 satu ada lbih,ada kurangnya…yg pntg,cara kita mengguna..kene pandaii..’ zarul tersenyum….paham… ‘insyaallah aji…saye akan cube berlaku adill….’.

????????


p/s: payung emas 1 jaminan…
poligami 1 tuntutan……
pegang pda dasar keadilan…
insyaallah perkahwinan kekal berzaman.
‘Assalamualaikum…abg dh smyg sbuh?’.. ‘waalaikumussalam..dah…ada pa ni mak?’ .... ‘ni mak nk cita che ngah dh xdak.dh ckup hukum dah…..’ ‘innalillahwainnalillah…..bila lg mak?....’ ‘semalam…pkoi 12.sngah..mak baru balik ni…xpala abg na,mesej abg chik,cita kat dia..mak nak g pulak ni,lpas zhor satgi nk simpan dh…ngaji elok2,jgn lupa smyg…’ ‘ya2..insyaallah…kim salam ayah…apa2 pn cita nah..assalamualaikum…’ ‘insyaallah,waalaikumussalam.’

Pkoi 6:45 pagi…mak call…

che menakan aku dh xda lg kt dunia ni…satu2nya che(datuk) menakan(sedara) yg aku still ada dh pegi mengadap illahi…Allah,Allah,Allah…..che ngah sorg datuk yg baik..dia dh lma sakit..sakit tua..teringat aku masa las aku jmpa dia ritu…masa tue dia tgh sakit…teruk sgt…masa tue,dia dh xdpt cam sora anak2 dia..prckapan dia pun dh mula teruk..ssah nk dgar apa yg dia ckapkan..mcm meracau,tp meracau yg terlallu perlahan…bdn dia klu dpegang,dh mcm lembik2…mak penah ckap,law pegang tgn,kaki org yg sakit n dh xda asa mcm pgang kaki o tgn yg da isi,dh asa lembik,2 salah 1 tanda yg si pesakit dh dkat dgn sang maha pencipta..tp 2 juz salah 1 tnda yg org2 tua kongsikan…sejauh mna realitinya tue,wallahuallam.apa yg mengharukan aku,walaupun dlm kdaan yg mcm2, che ngah tetap xlupa smyg..dia selalu tnya, ‘dh msuk waktu dak lgi..aku nk smyg nie’…lpas tue dia kibas2 tgn mcm org ngah takbiratulihram…klu dgr tol2 apa yg dia ckp,kita akan dgr yg dia sbnrnya ngah bca surah al-fatihah…allahuakbar…allahuakbar…allahuakbar…hati aku betul2 tersentuh..dlm kdaan mcmtue,dia masih mengingati solatnya..mmbuktikan betapa dia benar2 menjaga solatnya semasa chat…

Pantas terdetik persoalan…..

‘Aku??????’........................


p/s: al-Fatihah untuk arwah che ngah...

Isnin, 14 Disember 2009

PAGI DI KEDEI ABG MAD

pagi tue,mcm biasa aku telah dtugaskan oleh scond big boss(mak) g beli ccur,nak wat nyerot.mcm besa,aku ttapkan kedai abg mad pokok ketapang sbgai lokasi pilihan pasai kat c2 nasik lemak dia sedap...sesapeinya aku,ada la 2 3 org kat lam tue ngah dop mnum2....

kalih2 nmpak ayah sorg mmber aku ni...tp aku pngil dia abg kunyit ja sai kna adik bradik.'a (nama mnja ku d kg)..bila kelik?',tnya dia...ku senyum..'baru 2 3 ari bruni.gena mkn kedei,org bujang na...'aku jwb smbil tnya...ha3...'dak deh...skali skala kena jgk mnum kopi bang mad mu ni...xsma deh ngan org len wat',kata ayh mmber aku ni beseloroh...abg mad sengih2...malu2 kucing plak dia yer...he3..

'a dop sna bpa thon g?'..'oh..lmbt g nu..2 thon g'..tup2 ngah dop smbg tue da sorg pak long yg xbpa nk tua or muda ni myampuk..'mengaji mna lani?',ganas ja sora.smbil mata dia dop perati ku atas bwah..tnya ka pa pak long ni,bisik ku lam hati..'utm,johor'jwabku rngkas,pendek,padat..'oh...dlm negara lagi..egatkan oversea td',sinis sguh bnyinya itu..ah,wat dek sudeh.ku alih topik,smbg smbang ngan abg kunyit..

'keri gumana bang.ok kot dia d sana?'..keri tue mmber aku..muda g...bru 19thon...rzeki dia,ngah dop training polis lani...hu3...jnis haru skit dia ni dlu..mx2 pas jdi polis,berubah la jd molek..'ha3...xthu...xtepon klek tue kira ok la tue'..xdan ku nk wat soalan lanjutan,org tua bersora gnas tue nyampuk lg..'ah,bdak2 lani training xsupa dgn training kami dulu.bdak2 lani lembik..maanja...bla3..'dia bebel pa xthu la...pnjg bejela2...arghh...xthan...ku angkat kki...'jom bang,kelik dulu d',mx izinku dri abg kunyit yg muka pon mcm xbpa lma g pon nk blah jgk......dlm hati'pa kena org tua ni...haihhh...mcm2...'

Khamis, 5 November 2009

4 golongan LeLaki

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan
anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji
dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke
neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal
keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau
mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..
pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya,
maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka
jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk
isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan
diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg
bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun
seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah
bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia
akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm
neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal
keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya
mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg
kau akan
sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga
maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara
lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari
ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat
kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn
hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...
kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat
kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn
maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu
perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu
membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata
dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan
tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....
nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu
juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...
selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika
tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
.................................................
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan
sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu
hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang
atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu
dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia,
jin dan batu-batu...."

Ahad, 1 November 2009

AKU LELAKI ITU

Mereka bilang semua itu palsu…
Tidak bagi aku….
Mereka bilang semua itu lakonan…
Tidak bagi aku….
Mereka bilang semua itu kepura-puraan….
Tidak bagi aku…..
Mereka bilang tindak ku melulu….
Aku xsetuju…
Mereka bilang aku ikutkan nafsu….
Aku xsetuju….
Mereka bilang aku xseharusnya tidak…
Mereka bilang aku xseharusnya setuju….


Namun aku lelaki itu….
Tidak tetap tidak bagiku….
Setuju xsetuju aku xperlu…..
Aku lelaki itu….
Aku lelaki itu…
Aku lelaki itu….

BURUNG TERBANG

Terbang2…burung terbang….
terbang tinggi tinggalkan sarang….
Terbang2…burung terbang…..
Terbang jauh tinggalkan tuan…..
Terbang2…burung terbang…..
Terbang kedepan xtoleh belakang….
Terbang2….burung terbang…..
Terbang sampai ke awan….
Terbang sampai ke bintang….
Terbang sampai ke bulan….
Terbang…burung terbang….
Terbang xdatang2….
Terbang xakan pulang…..
Terbang….tinggalkan kenangan….

Sabtu, 31 Oktober 2009

crita katak

Ada seekor katak…badannya besar…warnanya ijaw….matenye boolat2….edongnye cemek(errr..katak de edong ker…??)..lidahnye paaaaanjanggggg….
Katak ini suke melompat…melompat kesane…
Melompat kesini….merata2 katak ini melompat….
Smbil beliau(ayat yg sering dgunakan oleh mrs.ajun) melompat,beliau menjelirkan lidah menangkap binatang2 kecil yg terbang…spt lalat,nyamuk dsbgainya…
Katak ini juga suka bersiul….
Walaupun kerap dimarahi krn kekerapan siulannya telah mempengaruhi hujan yg trun,nmun katak tetap jgak suka bersiul….hak demokrasi kata beliau….
Selain melompat,menjelirkan lidah pnjg2 dan bersiul…sumbang,katak juga suka berenang dan menyelam….
Sudah lebih dari 10 kolam direnangi….13 buah tasik diselami…
Pelbagai pemandangan telah beliau lihat…
Tu yg mmbuatkan beliau menolak sekeras2nya penggunaan katak sebagai objek dlm frasa:
“bagai katak dbwah tempurung”…
Katak melompat,kesana kemari……
Jelirkan lidah…..panjang2….
Makan….telan…dalam2…
Berenang menyelam cari pengalaman…….




p/s:....aku bebel.....

betull ka???


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.....

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.....

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.

APA YG KORG PAHAM…….

Situasi dibawah melibatkan segolongan org2 di warung kopi. Dalam keadaan kg sdg bergegar dgn kontroversi jambatan baru siap runtuh seblom smpat dgunakan…

Sambil menyuap pisang ke mulut,…Leman tunding jari….meon yg salah katanya…
Meon geleng…ditelan baki nasi lemak yang masih tinggal….bukan2…bukan aku…
Meon tunding jari…..mamat yg salah…
Mamat terkedu…tersembur kopi jantan yg baru nk dihirup…
Kenapa plak aku.???? ali yg sepatutnya disalahkan….bukan aku….
Mamat tunding jari……..pada ali yg sdg cibuk mengeja surat khabar….
Lnsg xda reaksi dari ali….
Senyap…diam…hahh,sah…diam tnda setuju…mmg betul ali yg slah….
Ali yg slah dlm perkara ni….kompom…
Leman,meon,mamat angkat kaki tinggalkan ali….
yg pekak dan bisu….
……………………………………………………………….
Ali terpinga2….
Menggaru kepala……

slah ka..???

Salah ka utk mengakui smething yg kita mmg xpenah tawu..???
Aku egat lg pesan cikgu,kalau xtawu,kna bertanya…
Pesan ayah,Tanya klau xtaw…
Pesan yamin,klu xthu jgn wat2 thu…
Kan ka suma tue bawak 1 erti…kena akui klau xtawu…kna tnya klu xtawu….biar tahu dari bertanya.
Dunia ni dpenuhi pelbagai perkara..dari sekecil2 kepada sebesar2 perkara…
Bnyak bnda yg mmungkinkan seseorg 2 utk tawu suma bnda…..
mustahil…klu ada org yg tawu suma bnda…
Tp xmustahil ada org yg wat2 tawu suma bnda….
Benda yg paling besar pon bermula dari komponen paling kecil…
Inikan pula kehidupan….
Yg tersirat tersurat berjuta2 atau mungkin lebih lg persoalan…kecil dan besar…remeh dan penting…pelbagai….versi dan variasi…
Aku Cuma nk pham…
Aku Cuma nk tawu…
Persoalan yg kecil….
Nk mengenali sesuatu yg aku mmg xtawu…..
Salah ka aku..??????

Khamis, 22 Oktober 2009

YouthSays | YouthSays, Malaysia's Largest Youth Opinion Community

SEACHANGE is a movement of organizations, programs and like-minded people who want to help you. Tell us what change you want to see... and SEACHANGE connects you!

SEACHANGE's mission: When 1 million youths in Southeast Asia experience personal change – you change an entire region!





YouthSays | YouthSays, Malaysia's Largest Youth Opinion Community

jom pakat2 klik....!!!

Selasa, 20 Oktober 2009

antAra miMpi dAn rEaliti

Hidup menjanjikan kita 2 jalan utuk dapatkan apa yg kita nak…antara mimpi…dan jugak realiti..ada orang munculkan realiti melalui mimpi…dan ada jugak org yg hnya mampu terus bermimpi tanpa mnjadikan mimpi 2 1 realiti.

Yang pasti….bukan mudah nk realitikan sebuah mimpi….kan??

Bagi aku….xsalah untuk bermimpi….mimpi menjadikan kita bebas dalam dunia kita sendiri…apa yg kita nk…apa yg kita mahu…itu dan ini…segala2nya xdibtasi…xmcm d alam reality…ada sesetengah benda o mungkin jgk bnyak bnda yg xdpt pun kita miliki…xbes la kan law bnda yg kita nk,kita xdpt dlm both world,mimpi n reality…2 pasal…kita diberi chance utk bermimpi…utk dptkan apa yg kita nk…lawpun bukanlah dlm bntuk yg hakiki…he3…sekurang2nya merasa jgk la kan….

Lg elok…law mimpimemandu kita mencapai apa yg diimpi dlm dunia reality…2 kan lebih bermotivasi…xla jd juz sekadar mat jenin.


p/s: akumilikimimpi2ku

Khamis, 8 Oktober 2009

aku MemILih Untuk BEgiTu

Aku memilih untuk diam kerana bicara ku xdidengar sesiapa..

aku memilih untuk begitu…..

Aku memilih untuk diam kerana aku xpunya pendengar……

aku memilih untuk begitu…..

Aku memilih untuk diam kerana kataku ibarat angin yg singgah menyapa di telinga

aku memilih untuk begitu…..

Aku memilih untuk diam kerana aku bukanlah sesiapa…..

Aku hnya insan biasa yg punya sedikit rasa…

Sukar….sulit…..utk trus bersuara….

Biarkan aku terus membisu saja….

Kerana aku,….

Memilih untuk begitu..

buang Yang KerUh..AmbIL Yg JerNih

Jgn dibuang yg keruh kerana yg keruh juga bisa jernih kembali…dan yg jernih,xsemesti selamanya jernih….ada ketika,yg jernih tetap akan keruh jua satu hari nanti…..ku ibaratkan hidup ini aliran sungai….mengalir dari hilir ke muara…aliran tidak selamanya lurus mengalir….ada tempatnya aliran akan bertelingkuh….batu2an ibaratkan halangan….dari sekecil-kecil batuan kepada sebesar2nya….makin besar batuan yang menujah aliran,makin laju dan besar aliran yang terbentuk….begitu juga hidup…perlu kita terus berlari dan melangkah dengan lebih luas bila berhadapan dengan dugaan yang muncul….berlari bukanya bermakna lari dari menghadapi tetapi lari menghadapi dugaan….batuan bukan penghalang aliran…bahkan batuan menambah kelajuan dan besarnya aliran…hidup perlu meredah hlgn utk mncapai yg lbih baik di hadapan…

Rabu, 30 September 2009

....

ya allah....
dugaan dtg lgi mnghadap diri ini....
baru sekejap ku rasakan nikmat kebahagiaan mu,,,,
kau maha mengetahui segala yang kau berikan...
mungkin ada sesuatu khilafku yg lnsg xprnah aku sedari...
ya allah....tabahkan hati ku...
jika ini yang dinamakan perit sebelum dpt ku genggan kemanisan,aku terima ya allah....
semoga aku mmpu melalui semua ini....

ku yakini jln yg ku pilih....

Selasa, 29 September 2009

KELEBIHAN SEORANG WANITA




1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,

5. Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. __________________
Adab Suami Menjaga Isteri

1. Apabila hendak bernikah, buatlah jamuan kenduri kawin.


2. Hendaklah membaiki perangai isteri dan menanggung kesakitan daripada kasih sayang atasnya dan sabar.
Sabda Nabi saw, "Barangsiapa bersabar atas perangai buruk isterinya , ia dianugerahkan oleh Allah pahala seperti diberi pada nabi Ayub dan barang siapa bersabar atas perangai buruk suaminya niscaya ia dianuagerahi oleh Allah pahala seperti Asiah isteri Fir'aun.


3. Hendaklah menegur dan marah akan dia jika ada perbuatan yang menyalahi syariat (yang disukai oleh nafsu perempuan itu menyalahi syariat.


4. Sabda Nabi saw, "Binasa dan jahat lelaki yang jadi hamba isterinya. Apabila mengikut seorang lelaki akan isterinya dalam sesuatu yang disukai oleh hawa nafsu isterinya , jadilah dia hamba isterinya dan binasalah dia dan jadilah dia diperintah oleh isterinya (dirinya jadi milik perempuan dan bukan sebaliknya)


5. Cemburu secara pertengahan.


6. Jangan biarkan isterinya bersuka-suka dengan lelaki lain atau biarkan lelaki lain masuk ke rumahnya tanpa ia ada di rumah tetapi jangan berlebihan sehingga jahat sangka akan isterinya tanpa sesuatu sebab atau alasan.
Contohnya..seperti mengintai dan memeriksa akan kejahatan isterinya dan lain-lain.


7. Suami hendaklah mengajar fardhu ain termasuk hukum haid kepada isterinya.


8. Suami hendaklah memerintah isterinya supaya sembahyang. Jika tak ikut perintah ini, tidurlah berasingan 1 hingga 3 malam.sekiranya tak mahu jua, pukul sedikit tidak melukakan atau memecahkan tulang isterinya.

9.Suami hendaklah meredhai isterinya untuk masuk surga bila dia mati.
__________________


Gersang Bumi Tanpa Hujan,
Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman,
Gersang Jiwa Tanpa Amal.

Sabtu, 12 September 2009

Related entri satu lagi….


Di lobi sebuah muzium yang berlantaikan marmar cantik, kelihatan sebuah patung yang begitu indah dan halus ukirannya. Patung itu juga dibuat daripada marmar. Para pengungjung yang datang dari seluruh dunia memuji-muji kecantikan patung itu. Suatu malam, berkatalah lantai marmar kepada patung tersebut…


Lantai marmar :
Patung…ini memang tak adil! Mereka datang untuk memijak-mijak badan aku dan memuja-muji diri kamu? Tak adil!

Patung marmar :
Sahabatku…masihkah kamu ingat bahawa kita berasal dari gunung yang sama?

Lantai :
Ya, aku ingat! Sebab itu aku berasa tidak adil. Kita lahir di gunung yang sama tetapi kita mendapat layanan yang berbeza!

Patung :
Kalau begitu, masih ingatkah engkau saat seorang pengukir datang untuk mengukir diri kamu, tapi kamu menolaknya kerana kamu tidak mahu disakiti oleh peralatan-peralatan yang digunakannya?

Lantai :
Ya, aku ingat lagi. Tapi aku tak suka lelaki itu! Dia menikam, mengetuk dan memecahkan badan aku! Ia sungguh menyakitkan!

Patung :
Betul, itulah sebabnya dia tidak dapat mengukir diri kamu.

Lantai :
Jadi…???

Patung :
Apabila pengukir itu kecewa dengan kamu dan mula mengukir diriku, aku tahu bahawa aku akan jadi suatu yang berbeza apabila kerjanya selesai kelak. Jadi, aku relakan diriku untuk dilakukan apa saja olehnya, sekalipun seluruh badan aku berasa amat sakit sekali. Sahabatku… kita perlu berkorban untuk mendapatkan sesuatu. Oleh kerana kamu mengambil keputusan untuk berhenti sekerat jalan, jadi kamu janganlah sekali-kali menyalahkan sesiapa yang memijakkan kakinya di atas tubuh kamu itu…

Teruskan lngkah,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,tiada noktah!!!=)

Masa depannn….


Mlm td….ngah asyik gsok2 mta (pas tertido dpn note ptv),tret tet2…bnyi la nada sememes(sms) mengvibratekan aku pnya meja…aku pn mncpai nponku dgn tgn mraba2..(xbapa nk sedar elok g)…aku bkak inbox…msj dri sorg kwn baik aku upanya…dh lma xmsej dia…yala,dh msg2 cbuk dgn keja msg2 smpi lnsg xsmpt nk cntct….

Meh nk share kan sket msej dia…(tanpa editing,original malii)

‘wht do u think bout future..?..its a prblem or people dream to succes..sometimes its GIVE a burden when fail..evry people has a dream..dream a succes people in the world..life not a novel..but sometmes the story in novel same the people life..love to succes..sometmes not all people get the their dream..bila kita mnghrgai sesuatu peluang yg dberi utk mncapai impian kita,HARGAILAH peluang itu..krna x smua mnusia mndpat peluang kedua dlm hdupnya…anggplah ksusahan skrg ni adlh jln untk kta mncapai impian..mncpai impian ibrt mndaki gnung..ssah n bnyk cbrn smsa mndki,hny yg sbar dan kuat sja akn brjya smpi ke pncak..d pncak i2lah trdpat pmndgn yg indh..i2lah impian kita utk mnkmati hdup yg indah stlh kta bnyk bkrban dmi msa dpn dan impian..knkmtn akan kita rasai stlh kita mlalui kskitan..knkmtn mlalui ksakitan adlh lbh brhrga dan mnis utk kita nkmati…..PETIKAN DRI ISI HATIKU YG XBLEH TDO SBB PNS KRN KPAS ROSAK..BI X PNDEI..=)’

Bkn bhsa yg dnilai…tp isi yg cba dberi….aku fhm pa yg dia cba nk bgi….apa yg dia cba nk kongc…

Msa dpan……hmmmm…..sesuatu yg XPASTI.

Ahad, 6 September 2009

JERNIH

Setiap manusia pasti membuat silap kerana kita dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna dan ada kelemahan dan kekuatan sendiri.Demikian besarnya anugerah kurniaan Allah S.W.T.

Pun begitu setiap kesilapan pasti ada jalan keluar dengan saling bermaaf-maafan sebagai jalan terbaik untuk mengekalkan persahabatan.

Bagaimana harus kita tebus kesilapan yang dilakukan?

Jawapannya ada pada kita sendiri. Realitinya ada yang berusaha mencari kebenaran dengan bedoa dan tidak kurang juga yang berani besemuka untuk menyelesaikan masalah.

Pokoknya, berapa ramai yang berani bersemuka dan mengaku kesilapan mereka? Mulia hati orang yang berkenaan jika telus berbuat demikian.

Pada aku pula, persahabatan memerlukan pengorbanan dan kasih sayang sama sepeti dalam sebuah kehidupan normal seorang insan. Perlu dihargai dan menghargai. Sahabat sejati tidak akan membiarkan sahabatnya berduka seorang diri. Andai ada kekeruhan tidak pula menunggu lama untuk menjernihkan kembali hubungan itu.

Namun, itu cuma ungkapan daripada aku yg melakukan kesilapan. Tetapi bagaimana pula orang yg terhiris hatinya disebabkan oleh sahabatnya sendiri?

Bisakah dia memaafkan sahabatnya dalam jarak dan waktu yg terdekat sedangkan hatinya terluka?


Sahabat suka dan duka bukan mudah dicari.

Hakikatnya hidup ini ibarat satu perjalanan. Setiap langkah adalah menuju satu destinasi. Entah dekat entahkan jauh, yang pasti kita harus terus melangkah ke garis penamat yang bakal menentukan bila akan berakhirnya sebuah kehidupan seorang insan.

Masa tidak pernah menunggu kita. Semuanya terletak pada kita sendiri. Cepat atau lambat bagi menjernihkan persahabatan terpulang pada setiap insan.

esok masih ada....benar...namun adakah esok masih ada untuk kita...????jika harini kesudahan penghujungnya hari kita...???

renungan utk diri sendiri.

Jumaat, 4 September 2009

taNpa mAknA

Manis kata2 dari laku yg xsbrapa…hidup stakat dlm dnia tlisan xkan bwa kmana tnpa pengamalan….sapa pun tawu tue….tp…mnusia…insan ni bermacam2…..harapkan ada akal dpt la guna utk cari lbih bnyk kbaikan…wat lbih bnyak amalan….tp….bla berpaksikan nafsu,akal xdiguna sgt, sikap tgu dan lihat,lama2 terabai macam tue kbaikan yg nk dbuwat ….krisis identiti…tgu yg xpasti jd pasti,,,….cari dan terus mencari….dgn cara yg xbetol…..!!!btol2 dh jauh…tersasAR..napa nk tgu org tgur bru nk grakan tingkah….sudah…hentikan apa yg sedia tahu salah….buat….mula semula…..apa yg dpt bg faedah….hidup ni satu perjuangan…..jatuh,tersungkur,rebah…bgunn!!!!.jgn mdh tertewAas….never give up….INI BUKAN MAINAN..segalanya tersedia blasan hukuman….putaran masa sentiasa berjalan….jgn smpi trus tertinggal dlm kelam.

hEarTy

Hati adalah segalanya..

“yang dinamakan kekayaan itu bukanlah banyaknya harta benda tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan hati(jiwa)”

(Sabda Rasulullah, Riwayat Abu Ya’la)

“sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amalan kamu”

(Sabda Rasulullah, Riwayat Muslim)

“sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya..dan daging itu adalah hati”

(sabda Rasulullah,Riwayat Bukhari Dan Muslim)

28/08/09,jumaat….

Setelah kubuka isi disebalik plastik berwarna kehijau2an,mataku terpaku pada judul yg ku lihat…langsung xpernah aku menduga ini sebagai pemberian di hari lahirku…senaskah buku motivasi “ubat hati”,karya Ustazah Siti Nor Bahyah dan Ida Ezyani…jjur,ini kali pertama aku dihadiahkan dgn hadiah brupa sebuah buku…memperkatakan segalanya ttg hati….hati yg sakit dan cara merawati…yaa,aku akui,aku mmiliki hati yg sakit…semakin hari semakin kutambah kesakitan itu dgn buatan dan tindak aku sndri….

Terima kasih kepada dia….yg menyedari betapa hati aku perlu utk dirawati….insyaallah,aku akan mencuba….lagi.

kritikan Epi3

Menerima kritikan

1 - Jika terdapat sebarang ketidakpuasan terhadap kritikan, terimalah ia dengan hormat. Pastikan juga anda akan menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.

2 - Andai kritikan tersebut tidak wajar, jangan biarkan keadaan menjadi teruk. Pastikan juga anda tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan anda menyesal di kemudian hari. Hindari perbalahan dengan berkata, “lebih baik kita berbincang apabila kedua belah pihak telah bertenang,” atau “lebih baik kita cari hari dan waktu yang sesuai untuk berbincang.”

3 - Jika seseorang mengkritik anda di hadapan orang lain, anda boleh berhenti melakukan sebarang kerja yang sedang anda lakukan atau berkata dan melihat ke arahnya atau anda juga berkata seperti ini, “Tolong beritahu pendapat atau kritikan anda secara peribadi, bukan di sini.”

4 - Apabila anda tidak pasti akan kebenaran kritikan yang diterima, anda boleh berkata, “Saya akan fikirkan mengenai perkara tersebut, dan nanti saya jumpa anda semula.”

5 - Jika anda betul-betul ada membuat kesilapan, adalah lebih baik jika anda meminta maaf dan berkata, “Saya tidak sengaja untuk berbuat sebegitu…, dan saya meminta maaf jika saya jika saya telah menyakiti hati awak.”

6 - Adalah tidak elok untuk menghina orang lain tetapi jika anda perlu untuk melakukannya, lakukanlah ia dengan penuh hormat dan gaya.

7 - Jangan mengambil sikap tidak bersetuju apabila seseorang mengkritik anda. Cuba untuk senyum dan berkata ‘terima kasih’.

8 - Apabila seseorang memuji akan kerja yang anda lakukan, jangan pula berkata, “Alaa…tak ada apa-apa,” ini sesungguhnya akan menghina orang lain, kerana ia seperti menunjukkan bahawa standart mereka adalah tidak setaraf dengan anda.

9 - Jangan sesekali menambah apabila diberi pujian. Sebagai contoh jika seseorang memuji masakan anda, jangan pula menambah seperti, “Sedap? Sebenarnya ia teramat sedap sehinggakan semua orang makan bertambah.

kritikan Epi1

Semalam abu bersuara…setelah sekian lma…mgkin dia pon dh xtertahan dgn sikap teman sebiliknya itu…yala,dia seorg yg sering keluar berdakwah ttpi teman sebilik sendiri seperti xterdakwah plak…sembahyang 5 waktu tunggang langgang…..terawih….hmmm,minggu2 pertama ja brsmgt,lma2 kt bilik ngadap laptop ja kja…bgus,abu rasa dia da tanggungjawab tgur teman sbiliknya tue…n yg plg pntg dia dh laksanakn tnggjwb ingt mengingati sesama muslim..kan ke bgus klu abu bersuara dri dlu…n slalu2 bersuara lg…xla mcm slalu..asyik membisuuu….

p/s: terima kasih….abu!!!!!

Khamis, 3 September 2009

kritikan Epi2

Memberi Kritikan

1 - Tidak kiralah apabila anda mengkritik seseorang disebabkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukannya, janganlah mengkritiknya secara kasar. Buat dengan cara yang sopan dan lembut. Anda boleh melembutkan ’serangan’ melalui cara yang berhati-hati dan bijaksana.

Sebagai contoh, jika rakan sekerja membuat kesilapan, jangan sesekali berkata “Anda salah, Bagaimana anda mendapat jawapan sedemikian?” Sebaliknya, anda boleh berkata, “Saya mendapat jawapan yang berbeza. Bolehkan kita memeriksanya sekali lagi?”

2 - Jika seseorang mengkritik diri anda, apa yang sering kali mungkin anda lakukan adalah bersikap mempertahankan diri. Tetapi perlu diingat, setiap tindakan yang anda lakukan perlulah dihadapi dengan penuh tenang.

Sebagai contoh anda boleh berkata, “Saya fikir anda telah salah faham,” atau, “Jika begitu, eloklah kita melihat apa masalah sebenarnya”, atau, “Saya fikir perkara berikut tidak benar.”

3 - Elakkan penggunaan perkataan ‘tetapi’ kerana kadangkala ia akan menyebabkan seseorang itu naik marah dan mencetuskan sikap mempertahankan diri.

Sebagai contoh, daripada berkata “ucapan anda memang disampaikan dengan baik, tetapi…” adalah lebih baik anda berkata, “ucapan anda memang disampaikan dengan baik, dan lain kali saya cadangkan anda supaya menambah…”

4 - Apabila mengkritik, bercakaplah mengenai tingkah laku dan bukan mengenai personaliti seseorang yang dikritik. Sebagai contoh, jangan sesekali berkata ‘bodoh’ atau ’salah’.

5 - Jadikan komen anda sebagai sesuatu yang peribadi. Jangan sesekali mengkritik seseorang terutamanya ketika berada di hadapan orang dan khalayak ramai. Situasi ini boleh menyebabkan mereka yang dikritik berasa malu dan seterusnya boleh menyebabkan maruahnya tercalar di hadapan khalayak ramai.

6 - Jika mengkritik, pastikan anda memulakan dengan penghargaan. Cara sebegini dapat memberi kesan lembut terhadap perbualan yang bakal dilakukan.

Sebagai contoh, anda boleh berkata, “Anda seorang insan yang lemah lembut, sebab itulah saya terkejut apabila anda meninggikan suara terhadap mereka.”

7 - Kadangkala adalah lebih baik kritikan yang anda buat adalah dalam bentuk nasihat.

Sebagai contoh, daipada berkata, “anda tidak akan memperbaiki penulisan jika ada sentiasa menconteng,” lebih baik anda berkata, “Cubalah anda membentuk huruf dengan betul dan tulis perlahan-lahan.”

Jumaat, 21 Ogos 2009

raCUn Dan PeNawAr

5 jenis penawar dan racun

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
"Ada 4 di pandang sebagai ibu, iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

- Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
- Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
- Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
- Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
- Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Selasa, 18 Ogos 2009

cAra tUe...


Senang ja law nk mncari kslhan org lain...yg ssahnya nk mgakui ksalahan sndri…egat jgk ckap2 org lma….kuman di sbrang nmpak,tp gajah didpn mata xplak nmpak…bukan nk mnunding jari pda ssapa…tp..hdup ni bukan stakat indvidu,yg ada 1 cara yg sama,1 rasa yg sama…hdup ni mlibatkan bnyk pihak…mcm2 cara…mcm2 rasa….yaaa….yg diperkata mgkin 1 kbaikan..tp cara tue bialah kna dgn gayanya…berdakwah perlu berhikmah,teguran perlulah munasabah!!!…yg dpt dterima oleh sorg mnusia yg pnya perasaan…jgn main hentam kromo jaaa…mnusia xda sapa yg smpurna…tgas kita mmg utk sdarkan kita sesama kita….tampung mna yg krang…kuatkan mna yg lemah…tp jgn smpi lupa pada konsep kmanusiaan…asas yg mnciptakan mnusia pnyai perasaan…sma2 hormati perasaan msing2…


p/s: terkenangkan seorang sahabat…wan panjang….cara yg pnuh brhkmah…

Isnin, 17 Ogos 2009

jOm rEnuNg jAp..

Iman kadng naik,kadang turun….2 lumrah dlm kehidupan…tu pasal iman kna jga,kna siram dengan amalan..berzikir,baca quran,jaga pandangan,solat sunat,berjaga malam n mcm2 lg…

Bercakap mengenai iman dan islam.perkaitan antara 2 perkara ni mmg ckup rapat…pendefinisian iman bukanla setakat menjurus kepada percaya malahan perlu dicombinekan bersama ngan keyakinan…

Iman merupakan salah satu daripada 3elemen yang mewujudkan agama. Agama wujud atas 3 unsur,iaitu iman,islam dan ihsan..

Setiap dari kita org islam sememangnya memiliki iman selagi menyebut kalimah lailahaillallah..namun yg membezakan adlh besar kecilnya,kuat lemahnya iman yg kita miliki. Kita harini,hidup dlm dunia yg mengorbankan prinsip agama demi kepentingan duniawi…aku bercakap bukanlah sbgai seorang yg sempurna,bijak dlm berbicara soal isu agama,tp sepanjang pemerhatian,penilaian aku,iman itu bukan lg ssuatu yg dititikberatkan dlm hdup…

Setuju atau x, Sesekali tue…cuba kita peratikan sekeliling….jika sekeliling terlalu luas skopnya,kita sempitkan pemerhatian…kita perhatikan diri sendiri..muhasabah dan lihat kembali apakah dlm diri kita punya 3unsur atau sekurang2nya 1 unsur penting dlm mewujudkan agama ini…


p/s:aku pun xsempurna…

lihat isi bicara,bukan org yg berbicara….

Sabtu, 8 Ogos 2009

JALAN



Sepanjang-panjang jalan kehidupan…

jalan ini menimbulkan kesedaran

jalan ini membangkitkan perasaan….

jalan ini mewujudkan peluang….

Kesedaran mengenal insan….

Perasaan menjiwai peranan…

Peluang mengaut pengalaman…..

Sepanjang-panjang jalan kehidupan…

Jalan inilah jalan pilihan….

Jalan aku menghambakan diri pada Penciptaan…

Aku dan kehidupan…..

Antara aku dan Tuhan.

Sabtu, 25 Julai 2009

nAmA




Sedar xsedar,sepanjang dop jdi org kat atas muka bumi tuhan ni,dh bnyak sgt nama pngiilan yg aku dpt….

Stat dari umah,femili slalu pangil aku dgn gelaran ‘abg’,wlupon aku bkan lah abg sgt pon…anak k4 dri 5 org adik bradik…’abg ‘ke aku???hu3….aku suka pnggilan ni…tp 1 ja yg agak spoil….mak kt umah slalu pnggil ayah ngan pnggilan ‘abg’ jgk…kdg tue,bla mak jerit pnggil ‘abg’( tnpa mendetailkan abg mna yg sbtoinya mak nk pnggil,)aku ngan ayah pkat2 menyahut….ha3…. kdg mak nk pngil aku tp ayah yg nyahut….n kdg tue mak pngil ayah tp aku plak yg terprasan….mak slalu trsnyum ja law jdi mcm2….=)

Law kat skolah,lg la jenoh ngan nama pnggilan nie…masa kt model khas dlu,mmber2 slalu pnggil aku ‘koek’..(jgn ppndai + n plak kat tgh2 tue….)…pindah g mktab,budak2 c2 pnggil aku ngan nama ‘lanun’ plak…haiiiyook…nama yg pling hmpeh aku penah dpt….name ni de sorg snior la yg pngil ni…depa kata muka aku ganaz+bengis=lanun….ngam hoo….pas2 msa dop kat tahfiz,org pnggil aku ‘syahid’…he3…shahir ngan syahid tue kan ke jauh bezanya tue….plik aku saipa leh lkat nma tue…tp kurg2 sedap gak nama tue….berkat…pindah gi siong,org pnggil aku ngan nma real aku,shahir…Alhamdulillah…xsia2 mak ayah aku plih nama ni…kan senang…bpa ari jgk la dop mmilih nama kt anak bertuah depa ni…hu3…

Antara mmber2 kat kg,bnyak yg pnggil aku ngan nama ‘a ‘or ‘ek’ ja….tp da jgk msa zmn aku montel2 dlu,mmber2 pnggil aku’ abg boyot’…xsedap lnsg nama tuh…hi3….kes xska nma 2 yg diet tue…Alhamdulillah,aku skrg dh xmontelll dh….

2 la lbih kurg antara nama2 yg pnah wujud lam hdup aku…wlupon bnyk2 nma yg berbeza,2 suma juz utk sorg insan jgk…aku….xkesah la apa nama pon yg org nk pngil aku ,asalkan aku tetap aku…menyedari ttg diri…

Selasa, 14 Julai 2009

PETANG TUE..

`Zmn la ni,xkra anak sapa,tok imam ka,ckgu ka,apa ka,law nk jdi xketahwan,xketahwan jgk…bnda nie sbnrnya xbleh slah mak bpak ja..ada kdg2 2 mak bpak yg dh ajr,dh tunjuk teladan yg sebaik mgkin dh kt anak2 tp anak2 yg ktegaq…bnyak lani,dpn mak bpak ok ja, pjak smut pon xmati tp bla kt blkg..ngan kwan,pa yg mak bpak ajaq sumanya tah p kmana…depa p buang habehhh…sedih p.lang tgok bdak2 zmn la ni...`

Smgat pak lang bercakap ptg tue…skali skala ada ruang bersembang ngan gnersi2 lma ni mmg seronok…bnyak bnda yg depa kongc,xtrkcuali pndpt depa sndri…aku ska org mcm pak lang…org yg slalu mmbngkitkan satu isu yg ptut diambik piker dlam2….

Aku xbnyak mnyampuk ptg tue…aku dgrkan aja psal ada stgah bnda yg p.lang ckp kna betoi atas btag hdung aku sndri…hmmmm……krg2 termuhasabah lg diri aku ptg tue..

p/s: berubah lah kamu wlaupun sdikit kearah kbaikan….

Isnin, 13 Julai 2009

DIA

cakap pasal politik,dia tawu...

cakap pasal pelajaran,dia tawu....

cakap pasal perniagaan,dia tawu....

cakap pasal perpaduan,dia tawu....

ckap pasal agama,pon dia tawu jgk........

segalanya dia jgk yg tawu....


ini salah,itu salah....

ini xbetul,itu xbetul...

ini palsu,itu palsu....

ini bohong,itu bohong....

semuanya xbetul,semuanya salah,semuanya xkena.......




aku pelik....

dia hnya bertemankan senaskah akhbar dan segelas kopi...

tp ckapnya berapi2....

hebat betol dia nie....

suma benda dia tawu....dri sekecil isu smpai ke sebesar2nya....

tp heran.....


knapa dia hnya berada di sebuah kedai kopi.....bukannya di pejabat perdana menteri?????

SEKEPING HATI INI

Bismillahirrahmanirrahim..

semalam umpama mimpi,hari ini sebenarnya realiti.. Semalam merenung dan berfikir ttg sesuatu...sesuatu yg di ungkapkan...dilafazkan 'hijrah'..@perubahan..berubah??yang dicari bukanlah suatu perubahan yang begitu drastik tapi ckuplah sekadar perubahan itu sebagai pengisi hati...pengisian yang mmbawa kpda ketenangan diri...pengisian yg mnjadikan aku tidak lupa yang aku adalah hamba yang Maha memberi...

Sungguh... x mudah untuk melakukan perubahan...apa lagi perubahan menuju kearah kebaikan.. Sekeping hati yang Allah berikan ini adalah ciptaanNya yang sungguh unik,terlalu kompleks,terlalu sukar untuk difahami dan dimengerti.. Yang tak dapat ditafsirkan dengan kata-kata.. Mampu berubah setiap saat...Ada turun-naiknya. Ada masa lemah dan ada masa kuatnya.. Perlu pula diberikan ‘makanan tambahan’,’supplement’ supaya terus sihat dan bertenaga. Mampu melawan setiap apa sahaja cubaan yang datang agar tidak rapuh ditengah jalan kehidupan yang sarat dengan segala jenis virus yang membawa mudarat....berubah itu susah..xsemudah ungkapan,xsemudah bicara...

p/s:Moga Allah terus memberikan kekuatan untuk diri ini terus istiqamah. Amin..


hilang...

dh lma rasanya jari jemari xmenyentuh pena untuk tinta berbicara...
masa dan keadaan begitu menyulitkan aku untuk melayarkan tinta2 baru...ya mungkin ideanya begitu banyak sekali...namun,tiada ruang untuk aku menzahirkanya di ruangan ini....
alhamdulillah...bermula sudah semester baru...dunia yg agak baru untuk aku tempuhi...dalam tempoh yang masih muda ini...tanpa mereka2 yg sering ada bersama aku pada ketika2 lepas...
berkata soal suasana baru,aku xpasti samada ini sesuatu yang agak menggembirakan daripada dahulu ataupun mungkin lebih saja kias bagusnya dari realiti sebetulnya..aku xtahuu...
pinta izinku agar ditetapkan kuatku untuk menghadapi,untuk memperoleh sesuatu dalam hidup ini....

amin..


p/s: yang nmpak,mungkin bukan sebenarnya hakikat..

Selasa, 5 Mei 2009

12 Sifat SAHABAT




1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu


2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.



P/S: terima kasih kepada semua sahabat......moga jalinan ini terus berkekalan selamanya...insyaallah..

10 AMALAN YANG TERBALIK



Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-



1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?



2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.



3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan $20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar $15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.



10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.



p/s: Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.