Khamis, 21 Januari 2010

Tanda-tanda Taubat Diterima Allah

Related entri dulu…

Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah, kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila ia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih dari mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila ia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikitpun ia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezaki yang ia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila ia melihat pada dirinya yg sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

Taubat kita pada Tuhan bukanlah sesuatu yg perlu dizahirkan untuk mendapatkan perhatian sesame manusia. Biarlah hanya diri yang mengetahui kerana setiap bnda yg kita buat,berpaksikan niat kerana manusia,ianya tidak akan membawa kemana. Buatlah kebaikan untuk diri sendiri dan juga atas rasa tanggungjawab yang kita adalah pemikul amanahnya..insyaallah…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aku juga pendengar.