Jumaat, 4 September 2009

kritikan Epi3

Menerima kritikan

1 - Jika terdapat sebarang ketidakpuasan terhadap kritikan, terimalah ia dengan hormat. Pastikan juga anda akan menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.

2 - Andai kritikan tersebut tidak wajar, jangan biarkan keadaan menjadi teruk. Pastikan juga anda tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan anda menyesal di kemudian hari. Hindari perbalahan dengan berkata, “lebih baik kita berbincang apabila kedua belah pihak telah bertenang,” atau “lebih baik kita cari hari dan waktu yang sesuai untuk berbincang.”

3 - Jika seseorang mengkritik anda di hadapan orang lain, anda boleh berhenti melakukan sebarang kerja yang sedang anda lakukan atau berkata dan melihat ke arahnya atau anda juga berkata seperti ini, “Tolong beritahu pendapat atau kritikan anda secara peribadi, bukan di sini.”

4 - Apabila anda tidak pasti akan kebenaran kritikan yang diterima, anda boleh berkata, “Saya akan fikirkan mengenai perkara tersebut, dan nanti saya jumpa anda semula.”

5 - Jika anda betul-betul ada membuat kesilapan, adalah lebih baik jika anda meminta maaf dan berkata, “Saya tidak sengaja untuk berbuat sebegitu…, dan saya meminta maaf jika saya jika saya telah menyakiti hati awak.”

6 - Adalah tidak elok untuk menghina orang lain tetapi jika anda perlu untuk melakukannya, lakukanlah ia dengan penuh hormat dan gaya.

7 - Jangan mengambil sikap tidak bersetuju apabila seseorang mengkritik anda. Cuba untuk senyum dan berkata ‘terima kasih’.

8 - Apabila seseorang memuji akan kerja yang anda lakukan, jangan pula berkata, “Alaa…tak ada apa-apa,” ini sesungguhnya akan menghina orang lain, kerana ia seperti menunjukkan bahawa standart mereka adalah tidak setaraf dengan anda.

9 - Jangan sesekali menambah apabila diberi pujian. Sebagai contoh jika seseorang memuji masakan anda, jangan pula menambah seperti, “Sedap? Sebenarnya ia teramat sedap sehinggakan semua orang makan bertambah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aku juga pendengar.