Ahad, 6 September 2009

JERNIH

Setiap manusia pasti membuat silap kerana kita dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna dan ada kelemahan dan kekuatan sendiri.Demikian besarnya anugerah kurniaan Allah S.W.T.

Pun begitu setiap kesilapan pasti ada jalan keluar dengan saling bermaaf-maafan sebagai jalan terbaik untuk mengekalkan persahabatan.

Bagaimana harus kita tebus kesilapan yang dilakukan?

Jawapannya ada pada kita sendiri. Realitinya ada yang berusaha mencari kebenaran dengan bedoa dan tidak kurang juga yang berani besemuka untuk menyelesaikan masalah.

Pokoknya, berapa ramai yang berani bersemuka dan mengaku kesilapan mereka? Mulia hati orang yang berkenaan jika telus berbuat demikian.

Pada aku pula, persahabatan memerlukan pengorbanan dan kasih sayang sama sepeti dalam sebuah kehidupan normal seorang insan. Perlu dihargai dan menghargai. Sahabat sejati tidak akan membiarkan sahabatnya berduka seorang diri. Andai ada kekeruhan tidak pula menunggu lama untuk menjernihkan kembali hubungan itu.

Namun, itu cuma ungkapan daripada aku yg melakukan kesilapan. Tetapi bagaimana pula orang yg terhiris hatinya disebabkan oleh sahabatnya sendiri?

Bisakah dia memaafkan sahabatnya dalam jarak dan waktu yg terdekat sedangkan hatinya terluka?


Sahabat suka dan duka bukan mudah dicari.

Hakikatnya hidup ini ibarat satu perjalanan. Setiap langkah adalah menuju satu destinasi. Entah dekat entahkan jauh, yang pasti kita harus terus melangkah ke garis penamat yang bakal menentukan bila akan berakhirnya sebuah kehidupan seorang insan.

Masa tidak pernah menunggu kita. Semuanya terletak pada kita sendiri. Cepat atau lambat bagi menjernihkan persahabatan terpulang pada setiap insan.

esok masih ada....benar...namun adakah esok masih ada untuk kita...????jika harini kesudahan penghujungnya hari kita...???

renungan utk diri sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aku juga pendengar.