Selasa, 29 September 2009

Adab Suami Menjaga Isteri

1. Apabila hendak bernikah, buatlah jamuan kenduri kawin.


2. Hendaklah membaiki perangai isteri dan menanggung kesakitan daripada kasih sayang atasnya dan sabar.
Sabda Nabi saw, "Barangsiapa bersabar atas perangai buruk isterinya , ia dianugerahkan oleh Allah pahala seperti diberi pada nabi Ayub dan barang siapa bersabar atas perangai buruk suaminya niscaya ia dianuagerahi oleh Allah pahala seperti Asiah isteri Fir'aun.


3. Hendaklah menegur dan marah akan dia jika ada perbuatan yang menyalahi syariat (yang disukai oleh nafsu perempuan itu menyalahi syariat.


4. Sabda Nabi saw, "Binasa dan jahat lelaki yang jadi hamba isterinya. Apabila mengikut seorang lelaki akan isterinya dalam sesuatu yang disukai oleh hawa nafsu isterinya , jadilah dia hamba isterinya dan binasalah dia dan jadilah dia diperintah oleh isterinya (dirinya jadi milik perempuan dan bukan sebaliknya)


5. Cemburu secara pertengahan.


6. Jangan biarkan isterinya bersuka-suka dengan lelaki lain atau biarkan lelaki lain masuk ke rumahnya tanpa ia ada di rumah tetapi jangan berlebihan sehingga jahat sangka akan isterinya tanpa sesuatu sebab atau alasan.
Contohnya..seperti mengintai dan memeriksa akan kejahatan isterinya dan lain-lain.


7. Suami hendaklah mengajar fardhu ain termasuk hukum haid kepada isterinya.


8. Suami hendaklah memerintah isterinya supaya sembahyang. Jika tak ikut perintah ini, tidurlah berasingan 1 hingga 3 malam.sekiranya tak mahu jua, pukul sedikit tidak melukakan atau memecahkan tulang isterinya.

9.Suami hendaklah meredhai isterinya untuk masuk surga bila dia mati.
__________________


Gersang Bumi Tanpa Hujan,
Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman,
Gersang Jiwa Tanpa Amal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aku juga pendengar.