Achluophobia
Ahad, 31 Januari 2010
im was...
KONSEP
Subjek Microteaching bagi sesetengah orang mungkin adalah platform dalam membentuk keyakinan dan kemahiran dalam melaksanakan proses pengajaran..tapi bagi aku, dibawah bimbingan PUAN ROHANA, PR bukan sekadar menerapkan kemahiran dan keyakinan malah lebih daripada itu. Penghayatan konsep kebergantungan kepada Tuhan dalam membentuk keperibadian yang terisi nilai2 kemanusiaan,nilai2 keimanan dan segala nilai yang membawa kepada kebaikan…itulah yg cuba diterapkan kepada kami sepanjang berada dibawah bimbingan PR…
Dulu mungkin aku tidak berapa jelas dengan konsep ini,namun hari demi hari,Allah telah membuka mata dan seluruh pancainderaku untuk melihat konsep ini dengan lebih terang dan mendalam…makin hari aku semakin memahami konsep yang cuba dibawakan ini…xluak ilmu jika dikongsi,moga insyallah bertambah2 lagi…
Penciptaan manusia bermula daripada seketul tanah…lalu ditiupkan dengan hembusan roh oleh Allah SWT..menjelmalah kita menjadi seketul daging didalam rahim ibu yg tercinta…cukup masanya,lahirlah kita sebagai seorang manusia. . lahirnya kita adalah dari kasih ibu dan ayah, namun kita harus sedar awalnya penciptaan kita adalah dari kuasa yg Maha Esa…Sebagaimana kita bergantung kepada ibu dan ayah, kita seharusnya lebih lagi bergantung kepada Maha Pencipta kejadian kita.kerana DIA memiliki kita sepenuhnya dalam kehidupan fana ini.
Allah adalah tempat bergantung segala sesuatu, maka kita harus bergantung sepenuhnya hanya pada Allah. Dan apabila kita telah benar-benar hanya bergantung kepada Allah, beertinya kita tidak akan pernah meminta sedikit pun kepada selain Allah. Kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui segala kehendak kita. Dan yang sesungguhnya adalah, tidak ada sesiapapun dan apapun yang mampu menolong kita, selain Allah dan izin-NYA.
Manusia pada lumrahnya memiliki keperluan dan jua kehendak..berbeza2 diantara sesame kita..dlam mmenuhi kehendak hidup,sedar atau tidak,masih ada atau mungkin ramai diantara kita yang masih bergantung dan berharap kepada sesame makhluk…aku sendiri tidak terkecuali. kerana itu sebagian dari kita sering berusaha sekuat tenaga untuk mendapatkan simpati dan bantuan dari mahluk… Ini adalah satu amalan yang sudah terbiasa dalam kehidupan kita.kita mengharapkan makhluk menentukan/menilaikan tindak tanduk kita melebihi Tuhan Yg Satu.Ini adalah kekeliruan yang sangat besar kerana disini secara tidak langsung kita menolak konsep kebergantungan kepada Tuhan yg seharusnya kita amalkan.
pada dasarnya, mahluk yang kita jadikan tumpuan harapan, sebenarnya tidak mempunyai kuasa pun untuk memenuhi keperluan dan kehendak kita tanpa izin Allah SWT.. hanya Allah lah yang mampu membuat segalanya terjadi. Allah jugalah yang mengatur senario dibalik segala peristiwa. ..Tidak ada satupun yang terjadi di dunia ini, yang terlepas dari pengawasan dan pemantauan-Nya.jiwa kita milik Allah…Kita adalah kehidupan yang berada dalam genggamannya.berharaplah…berimpianlah..berdoalah kepada Allah kerana doa adalah ruang untuk kita menzahirkan pengharapan dan kebergantungan kepadaNYA.
Bila hati selalu mengingatiNYA, maka DIA juga akan selalu bersama dan merestui segala perjalanan yang kita jalankan…insyaallah,pertolongan Allah adalah pasti.yakinilah DIA adalah tempat untuk kita menggantung segala harapan dan keinginan….
‘Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu ‘(QS. Al Ikhlas [112] : 2).
p/s: Induksi nilai………….
Bahasa me Layu
Perubahan alam kanak2 kepada alam remaja…transformasi remaja kepada dewasa..wah,suatu ekosistem yg xdapat dinafi elakkan oleh semua yg bernama manusia…jua yg sama waktu dengannya..
‘Konflik’ adalah satu kosa kata..
‘Sedang mengalami konflik’ adalah satu frasa…
‘Aku sedang mengalami konflik’ adalah satu klausa….
Suatu ekosistem biasanya akan terdiri daripada beberapa peringkat…
peringkat kanak2 dapat didefinisikan dengan satu kosa kata=main.
Peringkat remaja dapat didefinisikan dengan satu frasa=sedang belajar
Peringkat dewasa dapat didefinisikan dengan satu klausa=aku tidak main-main,aku sedang belajar…..
Situasi bagi setiap peringkat adalah berbeza2…
Alam kanak2=lollipop,aiskrim,atromen,power rangers…….main2…
Alam remaja=kawan,awek,motor,pelajaran….joli….main….
Alam dewasa= cinta,kerja,rumahtangga……pening kepala??????
Aku sedar aku berada dalam satu ekosistem…dipenuhi pelbagai klausa….pada peringkat menuju kedewasaan…bagi situasi hjung remaja memasuki situasi dewasa…
p/s: mlm2 hari cari bintang..mata xpejam2…dlm gelap mlam…
Khamis, 28 Januari 2010
Bila angin mula berubah….
kulontarkan pndgn jauh ke luar … kubiarkan wajah dibias rembes hujan…renyai2 kadangkala lebat sekejap2…hati mengukir suka bila tlhat titis air yang turun…dari atas kebawah…kdg2 cuba jgk nk mengira bilangan titisan hujan tp mustahil…terlampau bnyak utk dkira…apa lg utk diteka.sesekali bila angin sepoi menyapa terasa nyaman sgt…xsama angin ciptaan tuhan dgn angin buatan manusia…lain nkmat yang dirasa…berakhirnya hujan, akan membawa lahirnya pelangi..berwarna warni…indah sgt…hati teringat zmn sekolah,cikgu ajarkan formula mengingat warna2 pelangi…masa….dulu…kan seronok law dpt dundur…tp mustahil..hidup ni suatu perjalanan berterusan..masa xkan dpat diulang,tersimpan jd kenangan…jd sejarah… bila kenang2 balik mcm bru smlm bernafas kt dnia..tp upa2nya dh lma…bnyk lg rupanya yg kna selongkar…tertanya2 jgk,apa la yg dh dpt lam perjlnn hdup yg dh lma nie….mcm xda pa2….mcm dh sia2kan msa yg ada… ‘masa umpama pedang yang tajam menghunus…’ ‘masa itu emas’…n mcm2 lg bidalan2 kata mengambarkan kpntgn masa…tp bg aku…masa itu nafas…bermulanya nafas baru disetiap saat ruang lingkup khidupan.. ‘demi masa sesungguhnya mnusia itu kerugian…………’..mungkin jga aku adlh dklgn org2 yg rugi???bkn myb lg tp pasti..aku adlh dantaranya…. ‘melainkan yg beriman dan yg beramal soleh…’imanku…setebal mna xpernah ku ketahui..terhuyung hayang…mencari identity yg terus2 sja dlm ketidakpastian…berat sguh nk mnjalani dnia bernama khidupan ni….sesekali terpandang pada pokok2..kehijauan mendamaikan mata yang melihat…kuasa tuhan menciptakan segala keindahan nie…tp selalu dicemari tgn2 kotor mnusia yg bgelar hamba…beraninya kita…
Terlalu bnyk utk difikirkan ttg hidup…
Titis hujan mkin laju……
aku menunggu …..pelangi.
Isnin, 25 Januari 2010
BSKL
Bila kbndaan dan kmewahan jadi alat dalam pasaran kepentingan diri………saham demokrasi tiada erti.
Harga diri ditutup rendah bercampur2….
Indeks tukaran budi ditutup tinggi……….
Namun pasaran nilai mengalami rugi………………
manusia,manusia.....
bukankah yg dinamakan manusia itu,suatu makhluk yg seringkali berubah mengikut gerak masa dan liku suasana????
bukankah yg dinamakan manusia itu suatu makhluk yg tegar dlm perkara-perkara ibadah….
bukankah yg dinamakan manusia itu suatu makhluk yg sukar lepasi mazmumah apa lg mgejar mahmudah….
Bukankah manusia itu sering sja berbalah mencaci seranah…….
bukankah manusia itu sikapnya suka mencari salah dari mentarbiyyah…..
bukankah itu manusia???
Atau apa pemhamanku salah???
pilihanraya kampus utm
Seminggu dua ni agak terasa bahang pilihanraya kat utm…..masing2,baik di pihak proM(promahasiswa) or evolusi( proAspirasi) dh mula cbuk menarik undi mahasiswa dgn cara msg2…28 januari ni…mahasiswa n mahasiswi utm kna jlnkan tnggjwb sbgai seorg warga kampus dengan membuang undi…memilih calon masing2….
Memilih………..
Antara pro M yg selalunya dilabelkan sebagai penyokong pembangkang dan proAspirasi yg selalunya dipersetujui kerajaan…dan jgk mgkin calon bebas yg sememangnya bebas dri segala pengaruh (mungkin???)….
ProM,evolusi(proAspirasi), mahupun bebas,msg2 punyai impian nkkan kmngn dlm plhnraya kali ni…datz y tersembullah pelbagai manifesto2 yang dicerekakan utk menarik prhatian para pengundi…ada yg bertemakan keagamaan,kebendaan dan mcm2 lg…saling xtumpah dgn politikus kat luar sana…..
Apapun…hrap plhnraya kali ni dpt berjalan dgn telus lgi tulus….wlupon pda hkikatnya xakan dpt lari dri anasir2 yg biasa wjud dlm plhanraya…persaingan antara kuasa memerintah dan suara dibawah….
p/s:Antara reality dan mimpi….aku selongkari…