Khamis, 4 Februari 2010

KOS LEPAS @TERLEPAS??

Konsep kos lepas adalah membuat pilihan diantara 2 subjek dan memilih yang terbaik sebagai pilihan..sesuatu yg terpaksa dilepaskan itulah yang dinamakan kos lepas…

pilihan dan kos lepas…antara penilaian dan tindakan..

menilai baik buruk,kesan sampingan yang akan diberikan..penilaian yang menilai maksimum baik sesuatu pilihan dan minimum kesan negative pilihan…antara kebaikan dan keburukan,pilihan yang lebih bermanfaat dan lebih hampir kepada objektif akan dipilih....kepekaan,pemerhatian menyeluruh,daya mampu jangka merupakan elemen penting dalam menentukan ketepatan dalam membuat pemilihan…bukanlah sesuatu yang mudah dalam membuat pilihan…kerana proses melakukan pemilihan memerlukan beberapa tingkat peringkat sebelum lahirnya pilihan…kita sebenarnya selalu salah dalam memilih sesuatu yang baik untuk kita kerana kita terpengaruh dengan beberapa factor…sebagai contoh,kurang pengalaman…kegagalan dalam menghasilkan pilihan yang terbaik sebenarnya membawa banyak implikasi2 kepada kita…sebagai contoh,akan lahir kekecewaan dari suatu pilihan yang gagal…

apa yang dikatakan dengan pilihan yang gagal?pilihan yang gagal adalah pilihan yang tidak mendatangkan sesuatu seperti yang diinginkan (objektif)…pilihan yang gagal adalah pilihan yang menghasilkan sesuatu yang tersasar dari tujuan….

Sepanjang kehidupan bergelar insane,antara sedar atau tidak,kita telah mewujudkan banyak kos lepas..kita sudah beberapa kali berada dalam situasi kita perlu menentukan pilihan..situasi dimana kita ditekan diantara kehendak/keperluan dan kemampuan…pilihan tetap perlu ditetapkan kerana tanpa pilihan tidak wujud keputusan…adakah pilihan yang kita buat selama ini adalah yang terbaik untuk kita atupun mungkin,pilihan kita selama ini adalah satu kesilapan????

Tepuk tangan,Tanya pengalaman….

Aku+pilihan=kos lepas…

Reality..memang berat benar untuk diterima…

P/s: terima kasih fendi..aku xdpt lari dari keadaan beremosi..tp insyaallah,aku akan cuba dengan kekuatan diri untuk terus menggengam janji,menggapai mimpi…doakan aku ya akhi..

Selasa, 2 Februari 2010

penat sungguh

Letih cari bahan untuk kajian lapangan subjek ID..komitmen dengan kajian yg perlu disiapkan telah membawa aku ngan sahabat2 laen ke felda sg sayong..dekat sangat dah dengan rumah penyanyi yg pernah mengamatkan Negara dengan aura dari program reality tv suatu ketika dahulu..
Selama ni,rupanya ramai orang melayu yg melibatkan diri dalam perniagaan. Sapa ckap org melayu xpandai meniaga,malas,reti mkn subsidi je….org melayu pown hebat jugak lah. Ramai orang2 melayu melibatkan diri dalam perniagaan kecil2an atau dengan kata saintifiknya IKS( industry kecil n sederhana)..banyak produk yg dikeluarkan…kerepek,kraft,jeruk asam,telor masen…..dan banyak2 lagi…
penglibatan bumiputera tue memang dah mggalakkan sangat dah…xsia2 segala bantuan yg kerajaan bagi selama ni…tp…sayang sunggguh bila ada segelintir daripada individu yang berkemahiran,berpeluang,berkemampuan ini tidak mempunyai kemahuan dalam memajukan lagi perniagaan yg mereka ceburi…aku xcakap semua k tapi pecayala, ada insan2 istimewa ini sekadar cukup dengan apa yg mereka ada sekarang.walaupun mereka berpeluang, tapi mereka menolak peluang2 bagi membantu mereka mencapai tahap lebih tinggi dalam perniagaan..nielah golongan yg dinamakan golongan ‘ besederhana’……@mungkin ada orang yg musykil dengan apa yg aku cakapkan ni…tahlah wehh…aku pon ngah muskil…muskil napa leh wujud golongan besederhana dalam keadaan macamnie.


yg xdapat bantuan merungut2,jerit2 nak kan bantuan….
Yg nak dihulur tangan,lari tutup pintu plak…
Xpaham...




p/s:'Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubah nasib mereka sendiri.' (surah ar-Rahman,133)

Ahad, 31 Januari 2010

im was...

Achluophobia Acousticophobia Anuptaphobia Athazagoraphobia Atychiphobia Automysophobia Autophobia GerascophobiaLachanophobia. Ligyrophobia Lygophobia Macrophobia Necrophobia Ophidiophobia. Ophthalmophobia Phasmophobia Rupophobia Selachophobia Trypanophobia

KONSEP

Subjek Microteaching bagi sesetengah orang mungkin adalah platform dalam membentuk keyakinan dan kemahiran dalam melaksanakan proses pengajaran..tapi bagi aku, dibawah bimbingan PUAN ROHANA, PR bukan sekadar menerapkan kemahiran dan keyakinan malah lebih daripada itu. Penghayatan konsep kebergantungan kepada Tuhan dalam membentuk keperibadian yang terisi nilai2 kemanusiaan,nilai2 keimanan dan segala nilai yang membawa kepada kebaikan…itulah yg cuba diterapkan kepada kami sepanjang berada dibawah bimbingan PR…

Dulu mungkin aku tidak berapa jelas dengan konsep ini,namun hari demi hari,Allah telah membuka mata dan seluruh pancainderaku untuk melihat konsep ini dengan lebih terang dan mendalam…makin hari aku semakin memahami konsep yang cuba dibawakan ini…xluak ilmu jika dikongsi,moga insyallah bertambah2 lagi…

Penciptaan manusia bermula daripada seketul tanah…lalu ditiupkan dengan hembusan roh oleh Allah SWT..menjelmalah kita menjadi seketul daging didalam rahim ibu yg tercinta…cukup masanya,lahirlah kita sebagai seorang manusia. . lahirnya kita adalah dari kasih ibu dan ayah, namun kita harus sedar awalnya penciptaan kita adalah dari kuasa yg Maha Esa…Sebagaimana kita bergantung kepada ibu dan ayah, kita seharusnya lebih lagi bergantung kepada Maha Pencipta kejadian kita.kerana DIA memiliki kita sepenuhnya dalam kehidupan fana ini.

Allah adalah tempat bergantung segala sesuatu, maka kita harus bergantung sepenuhnya hanya pada Allah. Dan apabila kita telah benar-benar hanya bergantung kepada Allah, beertinya kita tidak akan pernah meminta sedikit pun kepada selain Allah. Kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui segala kehendak kita. Dan yang sesungguhnya adalah, tidak ada sesiapapun dan apapun yang mampu menolong kita, selain Allah dan izin-NYA.

Manusia pada lumrahnya memiliki keperluan dan jua kehendak..berbeza2 diantara sesame kita..dlam mmenuhi kehendak hidup,sedar atau tidak,masih ada atau mungkin ramai diantara kita yang masih bergantung dan berharap kepada sesame makhluk…aku sendiri tidak terkecuali. kerana itu sebagian dari kita sering berusaha sekuat tenaga untuk mendapatkan simpati dan bantuan dari mahluk… Ini adalah satu amalan yang sudah terbiasa dalam kehidupan kita.kita mengharapkan makhluk menentukan/menilaikan tindak tanduk kita melebihi Tuhan Yg Satu.Ini adalah kekeliruan yang sangat besar kerana disini secara tidak langsung kita menolak konsep kebergantungan kepada Tuhan yg seharusnya kita amalkan.

pada dasarnya, mahluk yang kita jadikan tumpuan harapan, sebenarnya tidak mempunyai kuasa pun untuk memenuhi keperluan dan kehendak kita tanpa izin Allah SWT.. hanya Allah lah yang mampu membuat segalanya terjadi. Allah jugalah yang mengatur senario dibalik segala peristiwa. ..Tidak ada satupun yang terjadi di dunia ini, yang terlepas dari pengawasan dan pemantauan-Nya.jiwa kita milik Allah…Kita adalah kehidupan yang berada dalam genggamannya.berharaplah…berimpianlah..berdoalah kepada Allah kerana doa adalah ruang untuk kita menzahirkan pengharapan dan kebergantungan kepadaNYA.

Bila hati selalu mengingatiNYA, maka DIA juga akan selalu bersama dan merestui segala perjalanan yang kita jalankan…insyaallah,pertolongan Allah adalah pasti.yakinilah DIA adalah tempat untuk kita menggantung segala harapan dan keinginan….

‘Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu ‘(QS. Al Ikhlas [112] : 2).




p/s: Induksi nilai………….

Bahasa me Layu


Perubahan alam kanak2 kepada alam remaja…transformasi remaja kepada dewasa..wah,suatu ekosistem yg xdapat dinafi elakkan oleh semua yg bernama manusia…jua yg sama waktu dengannya..

Konflik adalah satu kosa kata..

Sedang mengalami konflik adalah satu frasa

Aku sedang mengalami konflik’ adalah satu klausa….

Suatu ekosistem biasanya akan terdiri daripada beberapa peringkat

peringkat kanak2 dapat didefinisikan dengan satu kosa kata=main.

Peringkat remaja dapat didefinisikan dengan satu frasa=sedang belajar

Peringkat dewasa dapat didefinisikan dengan satu klausa=aku tidak main-main,aku sedang belajar…..

Situasi bagi setiap peringkat adalah berbeza2

Alam kanak2=lollipop,aiskrim,atromen,power rangers…….main2

Alam remaja=kawan,awek,motor,pelajaran….joli….main….

Alam dewasa= cinta,kerja,rumahtangga……pening kepala??????

Aku sedar aku berada dalam satu ekosistem…dipenuhi pelbagai klausa….pada peringkat menuju kedewasaan…bagi situasi hjung remaja memasuki situasi dewasa




p/s: mlm2 hari cari bintang..mata xpejam2…dlm gelap mlam…

Khamis, 28 Januari 2010

Bila angin mula berubah….

kulontarkan pndgn jauh ke luar … kubiarkan wajah dibias rembes hujan…renyai2 kadangkala lebat sekejap2…hati mengukir suka bila tlhat titis air yang turun…dari atas kebawah…kdg2 cuba jgk nk mengira bilangan titisan hujan tp mustahil…terlampau bnyak utk dkira…apa lg utk diteka.sesekali bila angin sepoi menyapa terasa nyaman sgt…xsama angin ciptaan tuhan dgn angin buatan manusia…lain nkmat yang dirasa…berakhirnya hujan, akan membawa lahirnya pelangi..berwarna warni…indah sgt…hati teringat zmn sekolah,cikgu ajarkan formula mengingat warna2 pelangi…masa….dulu…kan seronok law dpt dundur…tp mustahil..hidup ni suatu perjalanan berterusan..masa xkan dpat diulang,tersimpan jd kenangan…jd sejarah… bila kenang2 balik mcm bru smlm bernafas kt dnia..tp upa2nya dh lma…bnyk lg rupanya yg kna selongkar…tertanya2 jgk,apa la yg dh dpt lam perjlnn hdup yg dh lma nie….mcm xda pa2….mcm dh sia2kan msa yg ada… ‘masa umpama pedang yang tajam menghunus…’ ‘masa itu emas’…n mcm2 lg bidalan2 kata mengambarkan kpntgn masa…tp bg aku…masa itu nafas…bermulanya nafas baru disetiap saat ruang lingkup khidupan.. ‘demi masa sesungguhnya mnusia itu kerugian…………’..mungkin jga aku adlh dklgn org2 yg rugi???bkn myb lg tp pasti..aku adlh dantaranya…. ‘melainkan yg beriman dan yg beramal soleh…’imanku…setebal mna xpernah ku ketahui..terhuyung hayang…mencari identity yg terus2 sja dlm ketidakpastian…berat sguh nk mnjalani dnia bernama khidupan ni….sesekali terpandang pada pokok2..kehijauan mendamaikan mata yang melihat…kuasa tuhan menciptakan segala keindahan nie…tp selalu dicemari tgn2 kotor mnusia yg bgelar hamba…beraninya kita…

Terlalu bnyk utk difikirkan ttg hidup…

Titis hujan mkin laju……

aku menunggu …..pelangi.

Isnin, 25 Januari 2010

BSKL

Bila kbndaan dan kmewahan jadi alat dalam pasaran kepentingan diri………saham demokrasi tiada erti.

Harga diri ditutup rendah bercampur2….

Indeks tukaran budi ditutup tinggi……….

Namun pasaran nilai mengalami rugi………………