Sabtu, 12 September 2009

Masa depannn….


Mlm td….ngah asyik gsok2 mta (pas tertido dpn note ptv),tret tet2…bnyi la nada sememes(sms) mengvibratekan aku pnya meja…aku pn mncpai nponku dgn tgn mraba2..(xbapa nk sedar elok g)…aku bkak inbox…msj dri sorg kwn baik aku upanya…dh lma xmsej dia…yala,dh msg2 cbuk dgn keja msg2 smpi lnsg xsmpt nk cntct….

Meh nk share kan sket msej dia…(tanpa editing,original malii)

‘wht do u think bout future..?..its a prblem or people dream to succes..sometimes its GIVE a burden when fail..evry people has a dream..dream a succes people in the world..life not a novel..but sometmes the story in novel same the people life..love to succes..sometmes not all people get the their dream..bila kita mnghrgai sesuatu peluang yg dberi utk mncapai impian kita,HARGAILAH peluang itu..krna x smua mnusia mndpat peluang kedua dlm hdupnya…anggplah ksusahan skrg ni adlh jln untk kta mncapai impian..mncpai impian ibrt mndaki gnung..ssah n bnyk cbrn smsa mndki,hny yg sbar dan kuat sja akn brjya smpi ke pncak..d pncak i2lah trdpat pmndgn yg indh..i2lah impian kita utk mnkmati hdup yg indah stlh kta bnyk bkrban dmi msa dpn dan impian..knkmtn akan kita rasai stlh kita mlalui kskitan..knkmtn mlalui ksakitan adlh lbh brhrga dan mnis utk kita nkmati…..PETIKAN DRI ISI HATIKU YG XBLEH TDO SBB PNS KRN KPAS ROSAK..BI X PNDEI..=)’

Bkn bhsa yg dnilai…tp isi yg cba dberi….aku fhm pa yg dia cba nk bgi….apa yg dia cba nk kongc…

Msa dpan……hmmmm…..sesuatu yg XPASTI.

Ahad, 6 September 2009

JERNIH

Setiap manusia pasti membuat silap kerana kita dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna dan ada kelemahan dan kekuatan sendiri.Demikian besarnya anugerah kurniaan Allah S.W.T.

Pun begitu setiap kesilapan pasti ada jalan keluar dengan saling bermaaf-maafan sebagai jalan terbaik untuk mengekalkan persahabatan.

Bagaimana harus kita tebus kesilapan yang dilakukan?

Jawapannya ada pada kita sendiri. Realitinya ada yang berusaha mencari kebenaran dengan bedoa dan tidak kurang juga yang berani besemuka untuk menyelesaikan masalah.

Pokoknya, berapa ramai yang berani bersemuka dan mengaku kesilapan mereka? Mulia hati orang yang berkenaan jika telus berbuat demikian.

Pada aku pula, persahabatan memerlukan pengorbanan dan kasih sayang sama sepeti dalam sebuah kehidupan normal seorang insan. Perlu dihargai dan menghargai. Sahabat sejati tidak akan membiarkan sahabatnya berduka seorang diri. Andai ada kekeruhan tidak pula menunggu lama untuk menjernihkan kembali hubungan itu.

Namun, itu cuma ungkapan daripada aku yg melakukan kesilapan. Tetapi bagaimana pula orang yg terhiris hatinya disebabkan oleh sahabatnya sendiri?

Bisakah dia memaafkan sahabatnya dalam jarak dan waktu yg terdekat sedangkan hatinya terluka?


Sahabat suka dan duka bukan mudah dicari.

Hakikatnya hidup ini ibarat satu perjalanan. Setiap langkah adalah menuju satu destinasi. Entah dekat entahkan jauh, yang pasti kita harus terus melangkah ke garis penamat yang bakal menentukan bila akan berakhirnya sebuah kehidupan seorang insan.

Masa tidak pernah menunggu kita. Semuanya terletak pada kita sendiri. Cepat atau lambat bagi menjernihkan persahabatan terpulang pada setiap insan.

esok masih ada....benar...namun adakah esok masih ada untuk kita...????jika harini kesudahan penghujungnya hari kita...???

renungan utk diri sendiri.

Jumaat, 4 September 2009

taNpa mAknA

Manis kata2 dari laku yg xsbrapa…hidup stakat dlm dnia tlisan xkan bwa kmana tnpa pengamalan….sapa pun tawu tue….tp…mnusia…insan ni bermacam2…..harapkan ada akal dpt la guna utk cari lbih bnyk kbaikan…wat lbih bnyak amalan….tp….bla berpaksikan nafsu,akal xdiguna sgt, sikap tgu dan lihat,lama2 terabai macam tue kbaikan yg nk dbuwat ….krisis identiti…tgu yg xpasti jd pasti,,,….cari dan terus mencari….dgn cara yg xbetol…..!!!btol2 dh jauh…tersasAR..napa nk tgu org tgur bru nk grakan tingkah….sudah…hentikan apa yg sedia tahu salah….buat….mula semula…..apa yg dpt bg faedah….hidup ni satu perjuangan…..jatuh,tersungkur,rebah…bgunn!!!!.jgn mdh tertewAas….never give up….INI BUKAN MAINAN..segalanya tersedia blasan hukuman….putaran masa sentiasa berjalan….jgn smpi trus tertinggal dlm kelam.

hEarTy

Hati adalah segalanya..

“yang dinamakan kekayaan itu bukanlah banyaknya harta benda tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan hati(jiwa)”

(Sabda Rasulullah, Riwayat Abu Ya’la)

“sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amalan kamu”

(Sabda Rasulullah, Riwayat Muslim)

“sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya..dan daging itu adalah hati”

(sabda Rasulullah,Riwayat Bukhari Dan Muslim)

28/08/09,jumaat….

Setelah kubuka isi disebalik plastik berwarna kehijau2an,mataku terpaku pada judul yg ku lihat…langsung xpernah aku menduga ini sebagai pemberian di hari lahirku…senaskah buku motivasi “ubat hati”,karya Ustazah Siti Nor Bahyah dan Ida Ezyani…jjur,ini kali pertama aku dihadiahkan dgn hadiah brupa sebuah buku…memperkatakan segalanya ttg hati….hati yg sakit dan cara merawati…yaa,aku akui,aku mmiliki hati yg sakit…semakin hari semakin kutambah kesakitan itu dgn buatan dan tindak aku sndri….

Terima kasih kepada dia….yg menyedari betapa hati aku perlu utk dirawati….insyaallah,aku akan mencuba….lagi.

kritikan Epi3

Menerima kritikan

1 - Jika terdapat sebarang ketidakpuasan terhadap kritikan, terimalah ia dengan hormat. Pastikan juga anda akan menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.

2 - Andai kritikan tersebut tidak wajar, jangan biarkan keadaan menjadi teruk. Pastikan juga anda tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan anda menyesal di kemudian hari. Hindari perbalahan dengan berkata, “lebih baik kita berbincang apabila kedua belah pihak telah bertenang,” atau “lebih baik kita cari hari dan waktu yang sesuai untuk berbincang.”

3 - Jika seseorang mengkritik anda di hadapan orang lain, anda boleh berhenti melakukan sebarang kerja yang sedang anda lakukan atau berkata dan melihat ke arahnya atau anda juga berkata seperti ini, “Tolong beritahu pendapat atau kritikan anda secara peribadi, bukan di sini.”

4 - Apabila anda tidak pasti akan kebenaran kritikan yang diterima, anda boleh berkata, “Saya akan fikirkan mengenai perkara tersebut, dan nanti saya jumpa anda semula.”

5 - Jika anda betul-betul ada membuat kesilapan, adalah lebih baik jika anda meminta maaf dan berkata, “Saya tidak sengaja untuk berbuat sebegitu…, dan saya meminta maaf jika saya jika saya telah menyakiti hati awak.”

6 - Adalah tidak elok untuk menghina orang lain tetapi jika anda perlu untuk melakukannya, lakukanlah ia dengan penuh hormat dan gaya.

7 - Jangan mengambil sikap tidak bersetuju apabila seseorang mengkritik anda. Cuba untuk senyum dan berkata ‘terima kasih’.

8 - Apabila seseorang memuji akan kerja yang anda lakukan, jangan pula berkata, “Alaa…tak ada apa-apa,” ini sesungguhnya akan menghina orang lain, kerana ia seperti menunjukkan bahawa standart mereka adalah tidak setaraf dengan anda.

9 - Jangan sesekali menambah apabila diberi pujian. Sebagai contoh jika seseorang memuji masakan anda, jangan pula menambah seperti, “Sedap? Sebenarnya ia teramat sedap sehinggakan semua orang makan bertambah.

kritikan Epi1

Semalam abu bersuara…setelah sekian lma…mgkin dia pon dh xtertahan dgn sikap teman sebiliknya itu…yala,dia seorg yg sering keluar berdakwah ttpi teman sebilik sendiri seperti xterdakwah plak…sembahyang 5 waktu tunggang langgang…..terawih….hmmm,minggu2 pertama ja brsmgt,lma2 kt bilik ngadap laptop ja kja…bgus,abu rasa dia da tanggungjawab tgur teman sbiliknya tue…n yg plg pntg dia dh laksanakn tnggjwb ingt mengingati sesama muslim..kan ke bgus klu abu bersuara dri dlu…n slalu2 bersuara lg…xla mcm slalu..asyik membisuuu….

p/s: terima kasih….abu!!!!!

Khamis, 3 September 2009

kritikan Epi2

Memberi Kritikan

1 - Tidak kiralah apabila anda mengkritik seseorang disebabkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukannya, janganlah mengkritiknya secara kasar. Buat dengan cara yang sopan dan lembut. Anda boleh melembutkan ’serangan’ melalui cara yang berhati-hati dan bijaksana.

Sebagai contoh, jika rakan sekerja membuat kesilapan, jangan sesekali berkata “Anda salah, Bagaimana anda mendapat jawapan sedemikian?” Sebaliknya, anda boleh berkata, “Saya mendapat jawapan yang berbeza. Bolehkan kita memeriksanya sekali lagi?”

2 - Jika seseorang mengkritik diri anda, apa yang sering kali mungkin anda lakukan adalah bersikap mempertahankan diri. Tetapi perlu diingat, setiap tindakan yang anda lakukan perlulah dihadapi dengan penuh tenang.

Sebagai contoh anda boleh berkata, “Saya fikir anda telah salah faham,” atau, “Jika begitu, eloklah kita melihat apa masalah sebenarnya”, atau, “Saya fikir perkara berikut tidak benar.”

3 - Elakkan penggunaan perkataan ‘tetapi’ kerana kadangkala ia akan menyebabkan seseorang itu naik marah dan mencetuskan sikap mempertahankan diri.

Sebagai contoh, daripada berkata “ucapan anda memang disampaikan dengan baik, tetapi…” adalah lebih baik anda berkata, “ucapan anda memang disampaikan dengan baik, dan lain kali saya cadangkan anda supaya menambah…”

4 - Apabila mengkritik, bercakaplah mengenai tingkah laku dan bukan mengenai personaliti seseorang yang dikritik. Sebagai contoh, jangan sesekali berkata ‘bodoh’ atau ’salah’.

5 - Jadikan komen anda sebagai sesuatu yang peribadi. Jangan sesekali mengkritik seseorang terutamanya ketika berada di hadapan orang dan khalayak ramai. Situasi ini boleh menyebabkan mereka yang dikritik berasa malu dan seterusnya boleh menyebabkan maruahnya tercalar di hadapan khalayak ramai.

6 - Jika mengkritik, pastikan anda memulakan dengan penghargaan. Cara sebegini dapat memberi kesan lembut terhadap perbualan yang bakal dilakukan.

Sebagai contoh, anda boleh berkata, “Anda seorang insan yang lemah lembut, sebab itulah saya terkejut apabila anda meninggikan suara terhadap mereka.”

7 - Kadangkala adalah lebih baik kritikan yang anda buat adalah dalam bentuk nasihat.

Sebagai contoh, daipada berkata, “anda tidak akan memperbaiki penulisan jika ada sentiasa menconteng,” lebih baik anda berkata, “Cubalah anda membentuk huruf dengan betul dan tulis perlahan-lahan.”