Jumaat, 4 September 2009

kritikan Epi3

Menerima kritikan

1 - Jika terdapat sebarang ketidakpuasan terhadap kritikan, terimalah ia dengan hormat. Pastikan juga anda akan menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.

2 - Andai kritikan tersebut tidak wajar, jangan biarkan keadaan menjadi teruk. Pastikan juga anda tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan anda menyesal di kemudian hari. Hindari perbalahan dengan berkata, “lebih baik kita berbincang apabila kedua belah pihak telah bertenang,” atau “lebih baik kita cari hari dan waktu yang sesuai untuk berbincang.”

3 - Jika seseorang mengkritik anda di hadapan orang lain, anda boleh berhenti melakukan sebarang kerja yang sedang anda lakukan atau berkata dan melihat ke arahnya atau anda juga berkata seperti ini, “Tolong beritahu pendapat atau kritikan anda secara peribadi, bukan di sini.”

4 - Apabila anda tidak pasti akan kebenaran kritikan yang diterima, anda boleh berkata, “Saya akan fikirkan mengenai perkara tersebut, dan nanti saya jumpa anda semula.”

5 - Jika anda betul-betul ada membuat kesilapan, adalah lebih baik jika anda meminta maaf dan berkata, “Saya tidak sengaja untuk berbuat sebegitu…, dan saya meminta maaf jika saya jika saya telah menyakiti hati awak.”

6 - Adalah tidak elok untuk menghina orang lain tetapi jika anda perlu untuk melakukannya, lakukanlah ia dengan penuh hormat dan gaya.

7 - Jangan mengambil sikap tidak bersetuju apabila seseorang mengkritik anda. Cuba untuk senyum dan berkata ‘terima kasih’.

8 - Apabila seseorang memuji akan kerja yang anda lakukan, jangan pula berkata, “Alaa…tak ada apa-apa,” ini sesungguhnya akan menghina orang lain, kerana ia seperti menunjukkan bahawa standart mereka adalah tidak setaraf dengan anda.

9 - Jangan sesekali menambah apabila diberi pujian. Sebagai contoh jika seseorang memuji masakan anda, jangan pula menambah seperti, “Sedap? Sebenarnya ia teramat sedap sehinggakan semua orang makan bertambah.

kritikan Epi1

Semalam abu bersuara…setelah sekian lma…mgkin dia pon dh xtertahan dgn sikap teman sebiliknya itu…yala,dia seorg yg sering keluar berdakwah ttpi teman sebilik sendiri seperti xterdakwah plak…sembahyang 5 waktu tunggang langgang…..terawih….hmmm,minggu2 pertama ja brsmgt,lma2 kt bilik ngadap laptop ja kja…bgus,abu rasa dia da tanggungjawab tgur teman sbiliknya tue…n yg plg pntg dia dh laksanakn tnggjwb ingt mengingati sesama muslim..kan ke bgus klu abu bersuara dri dlu…n slalu2 bersuara lg…xla mcm slalu..asyik membisuuu….

p/s: terima kasih….abu!!!!!

Khamis, 3 September 2009

kritikan Epi2

Memberi Kritikan

1 - Tidak kiralah apabila anda mengkritik seseorang disebabkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukannya, janganlah mengkritiknya secara kasar. Buat dengan cara yang sopan dan lembut. Anda boleh melembutkan ’serangan’ melalui cara yang berhati-hati dan bijaksana.

Sebagai contoh, jika rakan sekerja membuat kesilapan, jangan sesekali berkata “Anda salah, Bagaimana anda mendapat jawapan sedemikian?” Sebaliknya, anda boleh berkata, “Saya mendapat jawapan yang berbeza. Bolehkan kita memeriksanya sekali lagi?”

2 - Jika seseorang mengkritik diri anda, apa yang sering kali mungkin anda lakukan adalah bersikap mempertahankan diri. Tetapi perlu diingat, setiap tindakan yang anda lakukan perlulah dihadapi dengan penuh tenang.

Sebagai contoh anda boleh berkata, “Saya fikir anda telah salah faham,” atau, “Jika begitu, eloklah kita melihat apa masalah sebenarnya”, atau, “Saya fikir perkara berikut tidak benar.”

3 - Elakkan penggunaan perkataan ‘tetapi’ kerana kadangkala ia akan menyebabkan seseorang itu naik marah dan mencetuskan sikap mempertahankan diri.

Sebagai contoh, daripada berkata “ucapan anda memang disampaikan dengan baik, tetapi…” adalah lebih baik anda berkata, “ucapan anda memang disampaikan dengan baik, dan lain kali saya cadangkan anda supaya menambah…”

4 - Apabila mengkritik, bercakaplah mengenai tingkah laku dan bukan mengenai personaliti seseorang yang dikritik. Sebagai contoh, jangan sesekali berkata ‘bodoh’ atau ’salah’.

5 - Jadikan komen anda sebagai sesuatu yang peribadi. Jangan sesekali mengkritik seseorang terutamanya ketika berada di hadapan orang dan khalayak ramai. Situasi ini boleh menyebabkan mereka yang dikritik berasa malu dan seterusnya boleh menyebabkan maruahnya tercalar di hadapan khalayak ramai.

6 - Jika mengkritik, pastikan anda memulakan dengan penghargaan. Cara sebegini dapat memberi kesan lembut terhadap perbualan yang bakal dilakukan.

Sebagai contoh, anda boleh berkata, “Anda seorang insan yang lemah lembut, sebab itulah saya terkejut apabila anda meninggikan suara terhadap mereka.”

7 - Kadangkala adalah lebih baik kritikan yang anda buat adalah dalam bentuk nasihat.

Sebagai contoh, daipada berkata, “anda tidak akan memperbaiki penulisan jika ada sentiasa menconteng,” lebih baik anda berkata, “Cubalah anda membentuk huruf dengan betul dan tulis perlahan-lahan.”

Jumaat, 21 Ogos 2009

raCUn Dan PeNawAr

5 jenis penawar dan racun

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
"Ada 4 di pandang sebagai ibu, iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

- Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
- Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
- Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
- Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
- Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Selasa, 18 Ogos 2009

cAra tUe...


Senang ja law nk mncari kslhan org lain...yg ssahnya nk mgakui ksalahan sndri…egat jgk ckap2 org lma….kuman di sbrang nmpak,tp gajah didpn mata xplak nmpak…bukan nk mnunding jari pda ssapa…tp..hdup ni bukan stakat indvidu,yg ada 1 cara yg sama,1 rasa yg sama…hdup ni mlibatkan bnyk pihak…mcm2 cara…mcm2 rasa….yaaa….yg diperkata mgkin 1 kbaikan..tp cara tue bialah kna dgn gayanya…berdakwah perlu berhikmah,teguran perlulah munasabah!!!…yg dpt dterima oleh sorg mnusia yg pnya perasaan…jgn main hentam kromo jaaa…mnusia xda sapa yg smpurna…tgas kita mmg utk sdarkan kita sesama kita….tampung mna yg krang…kuatkan mna yg lemah…tp jgn smpi lupa pada konsep kmanusiaan…asas yg mnciptakan mnusia pnyai perasaan…sma2 hormati perasaan msing2…


p/s: terkenangkan seorang sahabat…wan panjang….cara yg pnuh brhkmah…

Isnin, 17 Ogos 2009

jOm rEnuNg jAp..

Iman kadng naik,kadang turun….2 lumrah dlm kehidupan…tu pasal iman kna jga,kna siram dengan amalan..berzikir,baca quran,jaga pandangan,solat sunat,berjaga malam n mcm2 lg…

Bercakap mengenai iman dan islam.perkaitan antara 2 perkara ni mmg ckup rapat…pendefinisian iman bukanla setakat menjurus kepada percaya malahan perlu dicombinekan bersama ngan keyakinan…

Iman merupakan salah satu daripada 3elemen yang mewujudkan agama. Agama wujud atas 3 unsur,iaitu iman,islam dan ihsan..

Setiap dari kita org islam sememangnya memiliki iman selagi menyebut kalimah lailahaillallah..namun yg membezakan adlh besar kecilnya,kuat lemahnya iman yg kita miliki. Kita harini,hidup dlm dunia yg mengorbankan prinsip agama demi kepentingan duniawi…aku bercakap bukanlah sbgai seorang yg sempurna,bijak dlm berbicara soal isu agama,tp sepanjang pemerhatian,penilaian aku,iman itu bukan lg ssuatu yg dititikberatkan dlm hdup…

Setuju atau x, Sesekali tue…cuba kita peratikan sekeliling….jika sekeliling terlalu luas skopnya,kita sempitkan pemerhatian…kita perhatikan diri sendiri..muhasabah dan lihat kembali apakah dlm diri kita punya 3unsur atau sekurang2nya 1 unsur penting dlm mewujudkan agama ini…


p/s:aku pun xsempurna…

lihat isi bicara,bukan org yg berbicara….

Sabtu, 8 Ogos 2009

JALAN



Sepanjang-panjang jalan kehidupan…

jalan ini menimbulkan kesedaran

jalan ini membangkitkan perasaan….

jalan ini mewujudkan peluang….

Kesedaran mengenal insan….

Perasaan menjiwai peranan…

Peluang mengaut pengalaman…..

Sepanjang-panjang jalan kehidupan…

Jalan inilah jalan pilihan….

Jalan aku menghambakan diri pada Penciptaan…

Aku dan kehidupan…..

Antara aku dan Tuhan.