Sabtu, 15 Oktober 2011

Diantara Memahami Dan Menerima Sebulat Hati




Diantara Memahami Dan Menerima Sebulat Hati...

Apakah Aku Perlu Memahami Situasi Yg Terjadi Sebelum Aku Menghakimi...?

Atau Aku Perlu Menelan Mati...Menerima Tanpa Tanda Soal Menjadi Jeriji...?


Diantara Memahami Dan Menerima Sebulat Hati...

Apakah Aku Perlu Terus Berteka Teki.....?

Atau Aku Perlu Menelan Mati...Membuang Terus Segala Budi Yang Dibajai....?


Diantara Memahami Dan Menerima Sebulat Hati...

Apakah Aku Perlu Terus Berdiam Diri.....?

Atau Aku Perlu Menelan Mati...Meletak Noktah Pada Cerita Ini...?


Diantara Memahami Dan Menerima Sebulat Hati....
......?



P/S: hantar mati,sembunyi bunyi,senyum sinis memerhati....

Jumaat, 23 September 2011

-IdentitiUntukDimengerti-



Jangan salahkan dunia seandainya hari ini kau berdiri sebagai manusia yang xkenal diri sendiri...jangan salahkan ibu bapa jika hari ini kau lupa untuk apa kau berdiri di dunia ini...jangan tunding jari kepda sesiapa hanya untuk menutup segala salah lemah yang kau ciptakan sendiri...berbaliklah pada hakiki,segala apa yang kita pantulkan adalah daripada diri kita sendiri. Manusia itu dikurnia akal,untuk menjadi sebaik2,semolek2 ciptaan...segala perbuatan berpusatnya pada pendirian akal untuk menentukan baik buruk satu laku,benar salah yang dipersembah...kaitnya akal yang baik adalah dari jalinan akal-hati..maka bentuklah hati yang bersih lagi suci supaya hidup terusan berada pada landasan yang seharusnya dijalani. Berdirilah sebagai seorang manusia yang mengenal diri...

-IdentitiUntukDimengerti-

Sabtu, 19 Mac 2011

RasaItuKosong



Rasa kosong!! Kepala kosng!! hati…perasaan…walaupun berulang-ulang kali aku cba nak mencari dari sisi manakah ianya berpunca rebak…aku masih gagal mengenalpasti..aku rasa setiap saat yang berlalu seumpama lansung tiada isi….sia2 aku hanya membiar masa berlalu pergi…aku rasa seakan ada sesuatu kehilangan dalam setiap apa yang aku miliki…dah ku cari tapi tidak jua aku ketemui…

Yaa,,sepi…itu aku rasai saat ini…


namun kekosongan ini mungkin sesuatu yang perlu aku syukuri,..kerana dengan rasa kekosongan ini membuatkan aku bergerak untuk mencari makna diri….membuatkan aku mentafsir menilai kekhilafan dilakui…

.......pasti hidup ini ada ketika sunyi….......



p/s: dalam hidup tiada sesuatu pun yang kekal..gembira kau rasa, xlah lama…sedih kau rasa,bukanlah selama2…selagi mana kau berusaha utk sesuatu yang tidak sia2…dan selagi mana kau percaya yg usaha kau tidak sia2…selagi itulah hidup kekal sebagai “kehidupan”.

Selasa, 1 Mac 2011

IniKisahAku



Kepercayaan

Adalah sesuatu yang amat sukar untuk diberikan dan juga untuk diterima. Sekali mendapatkannya, haruslah tahu bagaimana untuk menghargai kepercayaan yang diberikan itu dengan sebaik2nya..kerana sekali kepercayaan yang dimiliki itu dikhianati, amatlah sukar untuk memilikinya kembali….

‘ sekali orang xpecaya ang, sampai bila- bila la orang xpecaya ang’.

Kisah seorang budak pengembala kambing dan serigala menjadi iktibar…satu demi satu plot tersusun dari awal cerita hinggalah ke penghujungnya….aku rumuskan.

Kepercayaan……….>penipuan……………>AKIBAT BURUK>

Setiap kepercayaan yang dikhianati pasti akan berkesudahan dengan sesuatu yang dikesali…ITU PASTI!

p/s:ini cerita aku…hargai kepercayaan yang diberi..masa berputar berkali-kali…tapi tidak akan sama seperti putaran hari ini.

Selasa, 8 Februari 2011

UngkapPendeta2




“Aku mungkin tidak boleh membetulkan semua kesilapan yang aku lakukan dulu, namun aku percaya aku mampu menjadikan keadaan lebih baik dari sebelumnya.”




-seedlife00-

SoyaAbu



Abu hanya mampu memandang soya itu dibawa pergi…..kerana jika soya itu terus bersamanya, ianya akan terus diproses mengguna cara lama yang menghasilkan soya yang kurang berkualiti. Biarlah soya itu diurus teknologi yang lebih baik berbanding cara tradisi kerana yang penting sekarang soya itu akan menjadi lebih berkualiti…abu masih tidak mampu memiliki teknologi itu hari ini tapi tekadnya, suatu hari nanti dia akan mampu mengurus soya itu dengan teknologinya sendiri…


p/s: esok bermula dengan hari ini. Konklusi situasi.

UngkapPendeta1




‘Larian itu bermula dari tembakan yang ketiga’.


-seedlife00-

BintangMalam



‘Ayah,lihat ada bintang…cantik.’,kata seorang anak kecil tatkala melihat bintang bersinar menghias muka awan malam.…

‘Jika kamu melihat bintang yang bersinar, letakkan tangan di dada dan pejamlah mata. Fikirkanlah perkara yang indah2 yang kamu hajati. Moga apa yang kamu hajati akan menjadi realiti dan bersinar seperti kerdipan bintang malam ini….’, kata si ayah tersenyum memeluk si anak disisi.



p/s: bintang itu…cukup indah untuk dipandang….terlalu dekat dirasakan…namun hakikatnya jauh untuk digenggam.

Selasa, 23 November 2010

KisahKedaiKopi




Ini kisah suatu petang,
Sorang botak bersama teman-teman,
Di kedai makan duduk bersembang,
Bermacam cerita jadi bualan.

Cerita pasal jati diri,
Cerita pasal integriti,
Cerita pasal kena tinggal bini,
Cerita pasal royalti lagi....
Cerita pasal masa kini....
Orang sekeliling pakat perati...
Sakan bercerita kalahkan menteri...he3...

Terbawak bincang 1 kisah...
Kisah pasal subjek sejarah,
Subjek dulu-dulu belaja kat sekolah...
Dah nak jadi subjek wajib lulus dah...
Sejarah yang masih dijajah.....
Hmm...mula tertanya, ‘perlukah???’..

Orang kata,kuat diri dari rohani...
Bukan setakat sihat jasmani...
Jadi kena la mula dari pengisian hati...
Macamana nak bagi jadi???
Tentula balik pada hukum tentu Ilahi....
Bukan dengan gubal,pinda sana sini....
Sesuka hati!!!

Ni pandangan dari orang peringkat umur senja,
Pendidikan agama dan sama waktu dengannya kan paling utama...
Jadi kunci selesai masalah remaja sedia ada...
Yang nak pi angkat benda laen tu pasaipa...nak tunjuk semangat perwira 1 malaysia ka???
Atuk dah geleng garu kepala...
Penat dop pikir kat mana rasionalnya....

Orang bawah macam atuk ni macam ni ja la...
Boleh dop cerita saja-saja...
Dengaq xdengaq tu dah lain cerita...
Angpa kat atas nuu haaa...
Jangan la dop katop mata...
Ada mata tu....BUKA!!!....


p/s:bila sesat,jgn terus sesat.

‘kalau xnak memuji,jangan mengeji’



Dah jadi lumrah dalam masyarakat kita hari ini, 2 perkara :memuji dan mengeji.

Memuji (didefinisikan sebagai ungkapan kata-kata manis kepada seseorang atau lebih individu). Memuji sering dilakukan bila mana ingin mengambil hati a.k.a mengipas a.k.a membodek seseorang atas kepentingan tertentu. Keadaan memuji ini berlaku dalam situasi ‘berdepan’ yakni apabila si tukang puji bertentang mata dengan si yang kena puji yang mempunyai kepentingan tertentu tersebut.

Mengeji..(didefinisikan sebagai perbuatan mengata atau mengeluarkan sesuatu perkataan yang tidak elok/baik secara melampau-lampau kepada seorang atau berorang-orang(lebih dari seorang) ).perbuatan ini kebiasaanya ditujukan khas kepada seseorang/berorang-orang yang tidak disukai a.k.a dibenci daripada seorang/berorang-orang yang menyampah a.k.a xpuas ati a.k.a iri hati dengan seorang/berorang-orang tersebut atas alasan yang tertentu. Keadaan ini kebiasaannya wujud dalam situasi ‘cakap belakang’dimana orang yang dikeji tidak berada dalam lingkungan kawasan forum pengejian dijalankan.

Memuji dan mengeji kebiasaanya berlaku dalam situasi yang berbeza dan dalam bentuk penyampaian niat yang berbeza. Namun,ianya juga wujud dalam 1 keadaan yang dinamakan ‘depan puji,belakang keji’. Keadaan ini wujud bilamana seorang/berorang-orang itu sebenarnya tidak suka a.k.a tidak boleh menerima a.k.a tidak berpuas hati dengan sesuatu benda atau perkara yang datang daripada seorang/berorang-orang individu. Namun atas sebab menjaga kepentingan peribadi/kepentingan tertentu,pelaku akan terpaksa/buat-buat terima apa sahaja yang dikatakan oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan tersebut. Namun disebalik penerimaan kononya itu, pelaku akan melahirkan segala ketidak puasan hati dalam bentuk kata-kata kejian a.k.a mengumpat secara melampau-lampau tanpa diketahui orang-orang berkepentingan terbabit. Inilah yang dikatakan, ‘cakap depan xberani,cakap belakang berapi-rapi’.



p/s:kepala dop kena pijak pun kata xpa,asalkan dapat huluq kot mna2.....

RambutSamaHitamkah?



Dulu gua ada rambut...sekarang pun ada lagi,sikit....rambut gua dulu,panjang xpanjang,pendek xpendek r..rambut gua hitam...simpan pendek ok la..simpan panjang,ada kerinting hujung-hujung...gua penah kasi straighten rambut gua time panjang...kasi nampak lurus,ikal mayang...tapi gua xpenah kaler rambut gua,tukar warna hitam jadi warna perang atau warna-warna garang...gua bia hitam pasal gua memeng xska kaler rambut n orang yang kaler rambut pun gua agak xsuka pandang...

zaman sekarang gua tengok ramai orang suka kaler-kjaler rambut dorang...baik lelaki baik perempuan...budak kecik jugak xterkecuali dri kaler rambut hitam jadi perang2...

‘rambut sama hitam,hati lain-lain’//

Cikgu gua penah sebut masa gua still tingkatan...kalau rambut dah xsama hitam lagi sekarang,apa lagi nk harapkan hati orang...
Hati gua hitam...hisap rokok siang malam..

p/s:jgn salahkan orang kalau silap pandang....

Isnin, 8 November 2010

BahItuBanjir

sekali lagi hujan turun tanpa henti...di sesetengah kawasan air sudah mulai naik..keadaan semakin hari semakin parah...kawasan yang dulunya tidak pernah menerima kenaikan paras air melebihi paras meter merbahaya sudah mula menggila...

'banjir kali ni btoi2 luaqq jangka...2 kali gnda besaq dri taun 2005...'
'xbesa kawasan ni bnjir sebelum ni...tapi kali ni kena jugak..'
'memang xtaw nak kata la pasal bnjir kli ni...'

bermacam luahan daripada orang yang aku jumpa...xcukup dengan luahan.ada jugak sesetengah pihak yang berbalah...mencari salah..

'salah dia pasal xbuat macamni......'
'depa salah pasai xmacam tue...'
'salah,salah,salah'.....

aku dengar dan tersenyum...SUKA.


P/S:ringankan beban.....hulurkan bantuan...

Ahad, 10 Oktober 2010

HakikatTersingkap

Bermula Nur itu baginya membukakan daripada Hakikat segala perkara dan mata hati itu baginya Hukum akan yang telah nyata baginya daripada yang baik atau yang jahat.


Dan hati itu baginya berhadap dan membelakang dengan sekira-kira yang dibukakan baginya oleh mata hati itu. Maka apabila ketiadaan Nur dan ketiadaan mata hati, maka jadilah hati itu berjalan seperti berjalan orang yang buta. Maka melihatnya akan pekerjaan itu atas bukan perkaranya dan didatangkan padanya pada bukan tempatnya.




p/s:hakikatnya hati jika ingin,berterabur berjuta dikait jua....

Isnin, 4 Oktober 2010

BiolissME??whatttDAAAAA...



bila terlalu banyak alasan....
kau telah sempitkan jalan yg luas terbentang...

bila terlalu banyak alasan....
kau telah mengangkat kelemahan menutup kekuatan....

bila terlalu banyak alasan....
kau telah jadikan sesuatu yang terang berubah kelam....

bila terlalu banyak alasan....
kau telah jadikan sesuatu yang senang kepada bebanan.....

itu..ini...
ini....itu....

pendirian...yang disuarakan dari dalam...

ketidaksediaan....memegang harapan untuk dijulang...

semua itu kepalsuan semata yang cuba menggantikan kenyataan...

mudah bagi kau...
senang bagi kau...
kecil bagi kau....
untuk memandang kehidupan....

mencari...
memilih..
jalan mudah melepaskan...


ya...hidup ini...mudah...kan???



p/s:akuberjalandiatasjalanyangpenuhdenganalasan...jauhsekalimerasaipenghargaan...

Sabtu, 2 Oktober 2010

Kronologi harini...(realiti mencari identiti)

4:30am-celik mata..capai nset,tgok jam..ada mesej,baca tanpa niat...lalok...tgok kanan,yob tidoq agi...tarik selimut..pejam balik!!

6:00am-bukak mata,kalih kanan..uih,yob dah xda di kamar pembaringan..kalih kiri..laa..dh tecegat pkai towel dpn pintu,ketaq2 sejuk ru pas mndi..bangkit,buang selimut jauh2...godaan ja law terus dop dekat2...capai towel...g mandi!!

6:30am-suda siap pakai suar dalam,suar lua,baju dalam,baju lua,tali leher a.k.a TAI.....seperay mnyak wngi lebih kurang 2 3 sembur.....buang kasut kat luar umah...carik2 stokin,selonggok dalam sangkar pakaian yg xberbasuh..amik satu2,cium bau...ha,ada lg spasang yg bau xbpa kaw...amik,sarung kat kaki...pakai kasut..yess..da siap nk g skolah!!

7:00-1:00pm-sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dengan kehadiran pelajar2 yang tidak sampai pun suku bilangan!!!(arini sabtu,skola ganti bg skola aku dan bbrapa skola yg lain)

1:30-2:30-BALIK dari sekolah...beberapa agenda telah dilakukan...antaranya adalah :
• Basuh baju
• Basuh moto
• Besiap ke................xdak arah!!!!

2:30pm-setat moto EX5 kaler biru terang yg bajet shining itu...lap helmet NOVA kaler putih yg baru pas kena hujan minggu lepas...capai peneman (wallet baru kaler etam yg ORG bagi,sbungkus okok winston light yg dh kemek,lighter cricket kaler merah)...selak2 dompet...ada 4 keping duet kaler merah..congak2,darab,bahagi,tambah,tolak.....cakap CUKUP!!! Sekuat ati..EX5 kaler biru terang meluncur...laju,gagah....

4lebih2 pm-sampai tman universiti...g kedai jam..tukar betri jam..g giant..meluru mencari mesin cucuk duet(dgn hrpn kot2 baki seratos aritu menjadi seribu,10ribu,mahupun sejuta..ini hnya berangan ok!!)..oh..paparan BAKI AKAUN ANDA amat tidak memuaskan hati..geleng kepala sampai pening dpan mesin cucuk duet itu..tnpa ada sbrg urusniaga,trik kad merah itu dgn pelan2..lemah layu masuk dlm wallet baru ORG bagi.....kpala kosong!!

4:30pm-7:30pm: beberapa aktiviti telah dilakukan. Diantaranya adalah :
• Karoke selama sejam secara solo didalam standard room berharga #$$%$%$%^ inggit..setin coke bharga 2engget setengah!!!dbawa bersama...lagu ct nurhaliza pun aku tibai!!!!
• Layan cita MAGIKA...fuhhh...bes2 idea EDRY KRU>>EDRY wat MAGIKA,menjadi...aku wat magik,xjadi2!!!!

-dek krana tlalu berjoli,aku telah melakukan bberapa pkara yg wat aku kena bebel oley sorg ustazah.....aku tlupa smyg asar!!!,magrib pon!!!teknik melarikan diri adalah dgn.....’he3..japg...QADA...’.hampeh tol gua!!!!



Org selalu...kejar dunia lebih dari kejar akhirat....ini bukan cakap2 pasal org lain,tp pasal diri aku sendiri ..kadang terlupa dgn tnggungjwb atas sebab yg xsepatutnya...jgn ikut perangai aku!!!apa2pon,semayang dulu...semayang tiang agama....kerana sembahyanglah soal pertama apabila kita TERTIMBUS DISANA>


p/s:baki akaun dunia kering,pening kepala....akaun akhirat yg tah macamna rupa tu,xisaw plak????dunia smntara...akhirat selamanya...

Isnin, 20 September 2010

SejakBila???

sejak bila....
yang dipandang bukan lagi terangnya bulan..
tp merintih ibarat pungguk menunggu jatuhnya bulan ke riba...
sejak bila...
yang dipandang bukan lg sinar mentari memberi sinar pada insan....
tp merungut matahari membakar kulit putih menjadi kelam...
sejak bila...
yang dipandang bukan lagi indah pendakian...
tp gayat pada ketinggian pula jadi alasan...
sejak bila keindahan...menjadi suatu kebencian...?
sejak bila perasaan menjadi suatu bebanan...??
sejak bila...
yang dipandang bukan lagi keperluan...
tp dilakukan penyingkiran demi penyingkiran...
sejak bila...
idaman itu menjadi igauan...menakutkan..

bila mengharap pohon berbuah rendang...bila mengharap pohon berbunga rendang...
menjadi hanya sebuah pohon kosong berakar tunjang...

apa lagi guna pengharapan....


p/s:perlukah dizahirkan untuk sesuatu yang pasti menyakitkan..???

Sabtu, 4 September 2010

RepairKalauRosak



Saya jumpa radio..radio itu sudah lama..berhabuk dan sudah xbuleh guna..tanya sama cik kakak,'bolehkah saya cuba2 tengok sakit itu radio?manalah tawu dapat saya mengubat kesakitan beliau.'cik kakak angguk2..'silakanlah' jawab cik kakak sambil membuat muka seakan xpecaya saya buley merepair itu radio...


Saya mencari segala alat maw repair itu radio..playar,screwdrver..itu benda pling penting..dengan berbekalkan keazaman yang agak tinggi,saya pn membogelkan itu radio lama...saya tengok didalamnya...waah,memang radio ini sudah lama...komponen2 penting sudah terbakar..wayar2 sudah putus n ada jgak yang tak da..patot r radio ini tidak boleh diguna..

Setelah wayar2 diganti,komponen ditukar ganti ngan radio kecik sebijik lagi..saya pakaikan semula baaju cik radio lama..terus xsaba2 pasangkan plug radio..bismillahirrahmanirrahim....jari mnjentik suis on...zessss..fezzz...fzzzz...hsssss....ha3...suda kua dia bnya bnyi...kalau tidak beliau bisu..step seterusnya, terai set chanel untuk beliau bersuara...jeng3...1st song kua.....


“Luar dan dalam
Tiada rahsia
Lafaz dan diam
Dah pun ku bacanya
Langkah dan ragam
Hanya mencinta bahagia
Dalam cinta harus saling percaya
Dalam cinta harus berani pasrah
Dalam cinta harus janganlah goyah
Dalam cinta harus sejiwa”


Lalalalalalalalala..lagu mila....

Operasi berjaya....=)



p/s:belom sempat lagu mila abes,radio itu mula BISU balik..rosakk lagi......


Jangan la dop berterima kasih dekat benda yg aku terpaksa bagi...aku benci..ingat aku rela ka dop kata ayat lagu tu?egat aku maw angguk saja ka pa ang request kat aku??dak2..aku xrela,aku xmaw...tp 2 kalau aku buleh..tp masalahnya aku xbuleh watpa dri rela pksa ngan angguk tima apa ja ang kata...ang kata benda 2 bek untuk ang..bek untuk aku..bek untuk kita..kalau ang sndri dh kata lagu tue,aku nk bangkang pa lg...kot betui la 2 bek untuk ang ngan aku..aku ni,mak pak ajaq jgn dop paksa org..jgn dop bg sakit anak org...pasai depa kata ‘hang 2 pon org,ang xdak hak sakitkn org yg sama hak dgn hang’...awai 2 aku bengong nk paham ayat sastera mak ayah aku 2...tp dah besaq2 guni aku setat paham..sikit2 aku blajaq paham...walaupn aku xbapa cukup nk paham suma benda lam hidup ni,tp aku cuba...ramai dh dop fedup ngan aku sal kes cuba2 ni..depa kata aku pandai ckp saja,wat xsmpai ke mana pon..Ya ALLah..aku manusia.lemah,tersalah 2..aku la 2...xdak besa kata dalam buku teks sivik tingkatan 1 yang bila kita cuba ubah salah,kita 100 percent akan berubah..faktor nk mengubah pun bukan dekat sorg individu 2 ja..law xsokong,law xsapot..lagumana nk jadi??ang putuih asa awai...aku kecewa sgt..tipu sungguh la kalau aku kata aku ok...tobat,aku tengah xok...



p/s:bilabanyaksangatakudahxretinakmengira

OrigamiBentukHati




Semalam sebelum tidur,Aku ambik sebuah majalah..konon nk jadi orang ilmiah,kena banyak membaca buku..baca,baca,baca(baca dgn nada menekan+sedikit tegas)..itu kata cikgu aku....


aku belek setiap helaian mencari kot2 ada cerita yang menarik...
macam biasa,kisah menarik xlari dari cerita yang kejam2..bunuh,buang,gila,terbalik,terkalih..macam2...haih,dunia2...dalam dop melakukan upacara pembelekan itu,sekali aku terselak page ‘mari belajar origami mudah’..harini punya ajaran nak wat origami bentuk hati...bahan diperlukan xbanyak..juz kertas petak..terus teringat zaman sekolah,dulu ada kawan tolong watkan origami ni..tp tah kemana hilang pun aku xtaw....besala,lama2 xsuma benda kita akan ingat..

aku pun terus cari kertas segi 4..cari punya cari,aku xjumpa..(ayat sebenar:aku xcari pon)..las2,aku capai wallet baru pemberian sorang KAWAN..aku amik selai duet singgit..dengan semangat yg konon bekobar2 maw hasilkan sebuah hasil seni,aku pon mula melipat2 duet singgit itu..aku folo setiap step dlm buku...sekali,xjadik...2 kali...dh nk jdik...3 kali,xjadik blik....pelan2 aku dh mula asa aku ni xbrbkat lam seni mlipat2 ni...

duet singgit td yg awalnya suci bersih licin macam kulit baby dah jadi mcm kulit nenek2 yg xguna botox..bekedut2...sebagai seorang yg amat sabar,aku pon tutup majalah tersebut..sebelom duet singgit menjadi duet rupiah indonesia yg terbakar, aku masukkan beliau ke dalam dompet balik...sudah2...aku xnak wat origami bentuk hati itu lagi.



p/s:benda mudah pon jd susah law cepat putus asa......

Selasa, 24 Ogos 2010

TerikatIkatan




Keyakinan dan kepercayaan...dua perkara yang berbeza.dari sudut makna dan juga ejanya.percaya xsemestinnya yakin...keyakinan pasti terkandung bersamanya percaya. Tiada ragu untuk aku..kerana aku yakini itu adalah kepercayaanku...namun jika masih kabur bagi kamu, biarkan saja aku dengan keyakinanku itu..kerana aku mahu hanya satu..hanya itu.


p/s:rentaplah dengan seribu,pasti tetap berpegang pada satu.