Selasa, 23 November 2010

‘kalau xnak memuji,jangan mengeji’



Dah jadi lumrah dalam masyarakat kita hari ini, 2 perkara :memuji dan mengeji.

Memuji (didefinisikan sebagai ungkapan kata-kata manis kepada seseorang atau lebih individu). Memuji sering dilakukan bila mana ingin mengambil hati a.k.a mengipas a.k.a membodek seseorang atas kepentingan tertentu. Keadaan memuji ini berlaku dalam situasi ‘berdepan’ yakni apabila si tukang puji bertentang mata dengan si yang kena puji yang mempunyai kepentingan tertentu tersebut.

Mengeji..(didefinisikan sebagai perbuatan mengata atau mengeluarkan sesuatu perkataan yang tidak elok/baik secara melampau-lampau kepada seorang atau berorang-orang(lebih dari seorang) ).perbuatan ini kebiasaanya ditujukan khas kepada seseorang/berorang-orang yang tidak disukai a.k.a dibenci daripada seorang/berorang-orang yang menyampah a.k.a xpuas ati a.k.a iri hati dengan seorang/berorang-orang tersebut atas alasan yang tertentu. Keadaan ini kebiasaannya wujud dalam situasi ‘cakap belakang’dimana orang yang dikeji tidak berada dalam lingkungan kawasan forum pengejian dijalankan.

Memuji dan mengeji kebiasaanya berlaku dalam situasi yang berbeza dan dalam bentuk penyampaian niat yang berbeza. Namun,ianya juga wujud dalam 1 keadaan yang dinamakan ‘depan puji,belakang keji’. Keadaan ini wujud bilamana seorang/berorang-orang itu sebenarnya tidak suka a.k.a tidak boleh menerima a.k.a tidak berpuas hati dengan sesuatu benda atau perkara yang datang daripada seorang/berorang-orang individu. Namun atas sebab menjaga kepentingan peribadi/kepentingan tertentu,pelaku akan terpaksa/buat-buat terima apa sahaja yang dikatakan oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan tersebut. Namun disebalik penerimaan kononya itu, pelaku akan melahirkan segala ketidak puasan hati dalam bentuk kata-kata kejian a.k.a mengumpat secara melampau-lampau tanpa diketahui orang-orang berkepentingan terbabit. Inilah yang dikatakan, ‘cakap depan xberani,cakap belakang berapi-rapi’.



p/s:kepala dop kena pijak pun kata xpa,asalkan dapat huluq kot mna2.....

1 ulasan:

aku juga pendengar.