Rabu, 16 Jun 2010

cakap2 pasal...OBJEKTIF vs MASA.

‘menetapkan tempoh bagi mencapai sesuatu perkara,adalah sesuatu cara yang baik untuk memotivasikan diri supaya dapat mencapai objektif yang dikehendaki..namun,penetapan haruslah rasional dengan tidak terlalu bersifat menekan..objektif perlulah realistik dengan tempoh2 yang ditetapkan..objektif besar misalnya, tidak boleh ditetapkan dalam selang tempoh yang terlalu singkat kerana dikhuatiri akan memberikan kesan kepada pelaku dan juga kepada perkembangan sesuatu objektif..adalah baik untuk menyeimbangkan diantara masa dengan objektif yang sesuai supaya setiap aktiviti kearah mencapai objektif dapat dijana secara optimum..’
*ini adalah pendapat penulis semata2.....

p/s:tangan nak capai,xsampai2...

SatuCerita

Suatu ketika...
bila..kau disatu tempat yang kau tanpa apa2...angan2mu melangit tinggi mahu menjadi orang kaya..memegang wang berjuta2..memiliki segala kereta mewah..memiliki mahligai beradu yang besar2 dan indah2...

hari ini...
bila kau miliki segala apa yg kau ingini,kau mungkin terlupa atau sengaja melupakan jalan yang kau daki untuk mencapai kau yang hariini...


hari ini..
bila segalanya yg kau kecapi..membuatkan kau lupa diri..lupa pada milik SANG PEMBERI..tenggelam dalam angan dan kemahuan nafsumu yang makin menggunung..
lumrahkah...
bila tanggang menjadi nakhoda,hilang terus dia sebelumnya....?



p/s: syukuri angan2 yang jadi kenyataan..

AkuMencoret

~Jika kau tidak dapat menerima apa dirimu seadanya,mana mungkin kau dapat menerima selain mu seadanya. ~

Perlu..

Bagiku..

Belajar..

Menerima..

Setiap...

Apa..

Diriku.


“Pokok cempedak di pinggir kali,
Menahan redup sinar mentari,
Aku budak belajar mengenali,
Erti hidup dan erti diri....”



p/s:musnah adat demi martabat..

PalingPendek

“pengalaman mengajar aku untuk menghargai setiap apa yang aku miliki harini..”

DiaManusia

aku hanya mampu memerhati dari jauh..kelibat seorang ibu yang berjalan lesu meninggalkan dapur pada hari itu...dibawa bersama linang air mata yang sedayanya cuba disekat di kalis kelopak mata..agar xtumpah di hadapan anak yg mungkin agak keterlaluan mempersoalkan tindak si ibu..kenapa perlu begitu..?terdetik soal itu tiba2 di benak hatiku..seolah2 kesedihan perasaan itu turut terkongsi bersamaku..aku hanya pemerhati..yang hanya memerhati tingkah2 manusia..aku hanya pemeerhati yang melihat isi jalan hidup yg sebenar2..namun,antara mereka dan aku..hakikat,aku kau dan dia juga punya rasa..punya hati. Dia ibu mu..salah,tempang langkahnya sekalipun,bukan cara itu kau harus menghukumi...aku ingin kau mengerti..sesekali kau perlu menyelami air mata itu agar hati dia x lagi dibasahi kelukaan dari mu..



p/s: memori disini cukup2 membahagiakan....BH.

TolakNafi

“ aku bukan macam tu...”

Adakah satu penafian..?

“Salah aku,tapi...”

Adakah satu penolakan..?

Tolak,nafi..adakah 1 persamaan..??

Kenapa..harus ada persamaan itu dalam perbezaan..??

Tinggal cakera fikir berputar dengan persoalan....
Adakah ini kenyataan..???




p/s: pemahaman aku xsehebat korg..

KhutbahKot?

Kita mara..bila org buat sesuatu yg kita xsuka...tp..sedar xsedar..kdg2 benda yg kita xsuka org buat dekat kita 2 la yang kita buat dekat orang..boley kita dicop pentingkan diri sendiri..???

x..xboley..mana boley orang ckap kita pentingkan diri,cakap xserupa bikin...itu teruk...kan?benda yang kita tahu keburukan kita..tapi law orang lain yang cakapkan tue,kita mula rasa gelora dalam dada...marah..kita plak cakapkan orang 2 saja mau cari masalah dengan kita...kita pun bagi alsan2 tolak knyataan kburukan kita tue...psal pada kita,orang xboley cakap pasal keburukan kita..kita lebih suka dengarkan suara2 manis orang menyanjung2 setiap pelakuan kita sebagai kena pada tempatnya..

hakikatnya...

kita memang pentingkan diri..ego dalam nak mengakui kesilapan sendiri..kononnya kita maw paparkan yang kita maksum dari melakukan kesilapan..Ya sahabat..mana ada manusia biasa yang maksum dari melakukan dosa apalagi melakukan kesilapan...kita bukan nabi..kita menyampah bila ada kisah pasal nabi palsu..tp cuba2 la renung balik..siket2...sikap kita yang mahukan semua org mengiyakan kita,dah mcm firaun..tuhan palsu.yg lebey teruk dari nabi palsu 2..

bukan takat menyampah..tah2 kita dah kena sumpah seranah...ha3..sama2 beringat..

p/s:ini bukan ceramah....

Khamis, 3 Jun 2010

XmudahBilaItuTerjadi




bila itu terjadi...aku terpaksa duduk diam dan mengambil tindakan berkecuali..ahh,smpai bila...smpai bila aku harus terus2 saja diam dan berkecuali...hanya memerhati mereka berapi2 mengangkat segala teori ideologi diri mereka masing2???aku juga ada ideologi aku sendiri..ideologi yg dipegang dari aku mula berdiri disini...perlukah aku suarakan?atau biar saja terus jadi diam...?aku cuba paham keadaan..bertindak mengikut kitaran atau lebih berani,melawan....itu perlukan kekuatan..ya..pasti perlukan banyak kekuatan..


p/s:ckp kuat xguna,maw xmaw cuba buat laa...