Selasa, 20 Julai 2010

MenyentuhAku



Kenapa harus terus hidup dalam sejarah...jika mahu menerus langkah? Kadangkala kita terbelenggu dengan masa silam, yang menyekat kemaraan kita dalam menuju kearah masa hadapan..terus2an membiarkan diri terus dibayangi cerita2 semalam,adakala mampu memberikan pulangan positif..namun, banding bezanya membawa lebih kesan negatif daripada kesan positif..


Jika semalam,mata menangis menzahir kesedihan..biarkan titis air mata itu jadi yang terakhirnya kesedihan..mungkinkah????
Jiwa merasai...hati menghayati...akal beremosi...


Tidak mungkin begitu pasti untuk memberi jaminan tiada lagi titis itu pada masa akan datang kerana kesedihan itu boleh datang bila2 sahaja tanpa memberikan petanda bakal kehadirannya...semalam,mungkin ia datang dengan cara yang berbeza..harini mungkin menjengah dengan cara lain pula...esok atau lusa..entah bagaimana hadirnya....mampukah menduga???


Jika mahu terus dengan semalam..adilkah untuk melaksanakan hari ini yang sekarang???
Jika semalam jadi sandaran...jadi pentas memberi pengajaran,xsalah untuk terus mengingati semalam...
Namun jika semalam menjadi lautan bergelombang yang melemaskan....untuk apa terus membiarkan diri tenggelam????

Sedarilah..semalam bukanlah penentu segalanya..selagi dikurnia nafas, keizinan Tuhan..teruslah berjalan..teruslah ciptakan cerita2 baru kehidupan...semalam yang kelam bukan noktah...semalam yang girang bukanlah sentiasa berpanjangan...
...............................................................................................................................................................


p/s: semalam aku kat situ...harini aku kat sini dan bila kita terjaga dari tidur,bersyukurlah kerana kita masih hidup untuk perjuangan......

Orientall88-TintaBerbicara

3 ulasan:

aku juga pendengar.