Sabtu, 25 April 2009

cINta ITu pASti....



Aiii,mata xreti2 terpejam plak mlm ni…pueh pusing sne cnie….xjgk pejammm…

Tgok c ajun nie kan maen agi lelapnyerr…..

Mlm ni x de plak dgr die ngigau…hu3…tido bsuh kaki kott mlm ni…

Pnye xtawu nk wat hape,las2 laptop brand Compaq bersaiz 17inch ni jgk aku mgadap…

Nk djadikn citer…..aku de terjmpe smething yg mngkin brgune pd aku,pd ajun,pd mamu,pd hairool,pd suut,pd apit n pd sesape jgk yg sedang d alam percintaan…juz sbgai saudara semuslim,aku cma nk berkongsi..saling ingat mngingati…..

Adab bercinta dalam islam

Cinta Sebelum Kahwin

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjang pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.

Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala..

p/s: actually artkel ni pnjg agi…tp,disebabkan terlalu sgt la pnjgnya,aku terpksa amik stkat ni jaaa…..law nk tawu lbih sal bercinta dalam islam ni,korg leh rjuk kat cnie…http://sillaturahim.wordpress.com/2008/04/08/adab-bercinta-dalam-islam/

Rabu, 22 April 2009

AL FATIHAH BUAT DIA YG BELUM SEMPAT KU KENALI.



Petang selasa tu.. aku ngah mkn ngan herman, pijah, nira kat cp.

Lpas mkn, mcm biasala, borak2…tup2, pijah dpt call….

Lpas dpt call 2 muka dia laen…laen hbis…berubah…

Dia trus ajak nira gerak….

Aku da mula rsa laen mcm…heran….1002 persoalan…..

Aku : man ,nape tue…aku xsdap hti lah….
herman : xtawuu….
Aku : Hmm.. ptut x aku pegi follow.??

Herman : ok jgk…

Pendek, ringkas2 ja jwb herman…(myb psal mse tue die ngah sedap mkn…)

Aku angkt beg, kelua nk kjar dorg..aku nmpk pjah ngan nira xjauh dari cp 2..kt bstop….nmpk dri jauh,pjah tgh…….NANGIS!!!! apa bnda yg da jd nie….langkah aku jdik berat ja,seberat kepala aku yg pnuh dgn mcm2 andaian nie…..hmmmm…..

Nk pegi xnk pegi….pegi kang tkut aku mang xspatutnya pergi…xpergi…ahh,mne bulehh…org yg aku syg ngah menangis tue,,…aku KENA PEGI……

Sayu….first time tgok pijah nangis…aku pon mcm nk nangis…tp cver2,…aku laki…(err..,.aku actually xbley tgok org nangis….effek naluri…)

Sepoi2 angin, slow lg suare aku…aku tnye nape nangis….ngan mata yg penuh air mata,….she told me her father was at the hospital.Pengsann!!!,mak die call suh die balik…tp dia xleh...sok ade pper final..(waa…bygkan…shes now kat selatan..umah kat utara…dlm minggu study….esok ade paper…final pper ENGLISh!!!!!..)..dilemmmaaaaaa...............

Ngah die sedih2 tue……

Ade call lg…..dengan esak2 tangis yg try utk dcover2 die jwab call 2…..

Tangisan die makin kuat….ala meraung….die nmpk longlai….bahu nira jdi penahan….klu xde nira,bleh jd rebah niii,…aku mcm da bleh jangka smething…. ….`abah pijah dh xdak’….slow, lemah ja sora pijah…

Innalillahi wainna ilaihirojiun.. Kehilangan insan tersayang mmg suatu dugaan yang sangat berat. Aku teringat saat2 terakhir masa arwah tok (nenek) menghembuskan nafas terakhir.sedih sgt….. pasal tuelaaa kali terakhir aku bleh tatap wajah tok. Tapi, bila aku pikir2, berakhir sudah derita kesakitan tok, aku redha. Allah tue kan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Secara peribadi, aku belum sempat kenal siapa abah pijah. Cuma kenal dari apa yg pijah bgtawu. Aku sebenarnya nk jgk jumpa dia..tp…xsempat plak. Allah lebih dulu mengambil dia dari kehidupan nie..Untuk pijah, bersabarlah dengan pemergian abah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah, InsyaAllah. Teruskan perjuangan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang..pijah, never give up!!!!!

Kadang-kadang, terlintas jugak kt hati ni.. bleh ke aku nie jadik setabah dan sekuat pijah, kalaww dugaan sehebat nie mnimpa aku?hmmmm......

salam takziah kepada pijah sekeluarga., Semoga arwah ‘ayahanda’ tenang di sana, InsyaAllah.


p/s : Al-fatihah kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita.
:siapkan diri...entah bila akan tiba msa kita.

Rabu, 15 April 2009

xde motif ponnn..

aku boringggg.....xtawu nk wat ape...pnggil mamu....aja aku basic adobe photoshop.....lamaa mamu ajar aku....n.....nielah hasilnya....
ha3.......
ha3..........
aku pon xtawu mende aku wat n mende yg aku blaja....
tkat nie je reti.....
aiihhhh,teknologi......
butanya aku......=P

p/s:belajar..................................

xsepatutnya mcam tueeeee


Semalam ari jadi mak….untuk pertama kalinya sepanjang 20 thun aku hdup, bergelar sorang anak,smlmlah kali pertama aku melafazkan kata-kata’selamat hari lahir’ kat mak….masyaallah,teruknya aku….

aku egat lg,setiap kali smpainya ari lahir aku,mak akan sambut hari tu dengan bacaan yassin di awal paginya.mnjelang tghari,menu2 masakan kgemaran aku terhdang sedia kat atas meja…mnjelang petang,bihun goreng@laksa menjadi juadah……anak2 jiran aku pnuh bekerumun kat umah..meriah jgk masa 2…..

mak……

‘abg xpenah bwat mcmna yg mak bwat kat abg……trok sguh abg…abg mx maaf mak..’

P/s; sesungguhnya syurga dibawah tapak kaki ibu. Nilai kembali diri,lakukan apa yg sepatutnya seorg anak perlu lakukan.sementara masih ada waktu………

Selasa, 14 April 2009

AnAi-aNaI



Ada sorang kawan penah cakap ngan aku…umat islam skrg mcm pokok nyoq(kelapa secara skemanya).pokok nyoq yang dimakan anai2….tengok kat LUAR kan main TEGUH,KUKUH…tp pada hkikatnya,kat DALAM dah RAPUH,KOSONG….tgu masa,tup2 TOMBANG…pikir2,borak2…ada jgk btolnya ckp mmber aku 2….hmmmm…nilai sendiri….

selami......

Biar berlinangan air mata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka

Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh sungguh ku tak mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya

Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman...
Kan hancur semuanya
Walaupun menitis air mata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima...

Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana allah itu
Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup allah baginya berkuasa segala-galanya
Terima seadanya

tinta bermula..

Alhamdulillah..aku berjaya dalam percubaan pertama aku untuk melahirkan sebuah blog.aku seperti orang lain,menginginkan ruang untuk berbicara,bersuara mengikut pandangan diri aku sendiri...aku sekadar mengharapkan sedikit coretan dari aku mampu memberi sesuatu kepada diri aku sendiri dan mungkin juga kepada diri orang lain untuk direnungi dan difikirkan bersama..Insyaallah.